Kunjungan Hormat PERKIM Perlis Ke Jabatan Mufti Perlis
oleh: ABDUL RAHIM ABDULLAH
KANGAR, 4 JANUARI 2023 – Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Perlis telah mengadakan kunjungan hormat kepada Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perlis, YBhg Prof Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertempat di Jabatan Mufti Perlis, Bangunan Dato Mahmud Mat dekat sini.
Kunjungan itu diketuai Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Perlis, YBhg Dato’ Khairi Hasan.
Kunjungan hormat dua hala ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri dan bertukar pandangan serta idea bagi menggarap usaha dakwah, kebajikan dan pendidikan khususnya kepada saudara baru di bawah PERKIM Bahagian Negeri Perlis.
Selain itu, PERKIM Perlis juga turut mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada Mufti Perlis mengenai dakwah Islamiah dan berharap semoga Allah SWT memberkati pertemuan ini demi kemajuan Islam.
Dr Mohd Asri turut menyampaikan cenderahati Jabatan Mufti Perlis kepada ahli rombongan di akhir pertemuan.
Kunjungan hormat Ahli Jawatankuasa PERKIM Bahagian Negeri Perlis kepada Dr Mohd Asri.
Dr Mohd Asri memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada AJK PERKIM Perlis.
Dato’ Khairi Hasan (kiri) mengetuai PERKIM Perlis dalam kunjungan hormat ke Jabatan Mufti Perlis.
Dr Mohd Asri menyampaikan cenderahati kepada Dato’ Khairi Hasan.
Abdul Rahim (kiri) menerima cenderahati daripada Mufti Perlis.
Ahli rombongan bergambar kenang-kenangan bersama Mufti Perlis, Dr Mohd Asri.