Ziarah Kebajikan PERKIM Kebangsaan ke Pusat Jagaan Kasih Sayang Prasanna, Melaka
💖 𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗺𝗽𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮.
PERKIM Kebangsaan bersama MAIWP terus menyemai nilai ihsan dan kemanusiaan menerusi Program Ziarah Kebajikan di Pusat Jagaan Kasih Sayang Prasanna, Melaka. 🤝
Kehadiran kami bukan sekadar menyampaikan sumbangan, malah membawa sinar kegembiraan, kasih sayang dan harapan kepada warga emas, ibu tunggal serta golongan OKU yang memerlukan perhatian dan sokongan berterusan. ❤️
Setiap senyuman yang terukir membuktikan bahawa sedikit keprihatinan mampu memberi makna yang besar dalam kehidupan mereka. Semoga budaya menyantuni golongan memerlukan terus subur dalam masyarakat demi membina negara yang lebih penyayang, harmoni dan bersatu padu. 🇲🇾✨
#PERKIM #UjongPasir #ZiarahKebajikan #Prasanna



