Forum Ma’al Hijrah – Pengorbanan Hijrah Yang Sebenar
๐จ๐ฅ๐๐ก: ๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menganjurkan Forum Maโal Hijrah 1447H bertajuk Pengorbanan Hijrah Yang Sebenar.
Forum tersebut dihadiri seramai 250 mualaf terdiri daripada bangsa Cina, India, Sikh, Orang Asli, Iban, Kadazan. Bidayuh, Murut serta warga negara daripada Filipina, Kemboja dan Myanmar bertempat di Surau Jumaat PERKIM, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah pada pagi Ahad.
Forum tersebut dipengerusikan oleh ๐๐๐ ๐๐ฐ๐๐ข ๐๐ง๐ข๐ญ ๐๐๐ค๐ฐ๐๐ก ๐๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐ง๐ฌ๐๐ง ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐๐ง, ๐๐ฌ๐ญ๐๐ณ ๐๐ฎ๐ก๐๐ฆ๐ฆ๐๐ ๐๐๐ข๐ฌ ๐๐๐ซ๐ข๐๐ฉ๐ฉ๐๐ง ๐๐๐๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐๐ก.
Forum tersebut diserikan dengan undangan barisan ahli panel iaitu ๐๐ฌ๐ญ๐๐ณ๐๐ก ๐๐ฎ๐ซ ๐๐๐ฃ๐ข๐ก๐๐ก ๐๐๐๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ฆ๐ฉ๐ข๐ญ selaku ๐๐๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐ ๐๐๐ ๐๐ฐ๐๐ข ๐๐๐๐๐ข๐ซ ๐๐๐ก๐๐ ๐ข๐๐ง ๐๐๐ค๐๐ญ ๐๐๐๐๐ serta ๐๐๐ฅ๐๐๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐๐ข๐ฃ๐ซ๐๐ก atau ๐๐๐ฅ๐๐ค๐จ๐ง ๐๐ ๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐ญ๐๐ซ, ๐๐๐ฎ๐๐๐ซ๐ ๐๐๐๐ฆ ๐๐จ๐ซ๐ซ๐ข๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐๐ก.
Program dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis diikuti dengan bacaan doa disampaikan oleh Penolong Pegawai Institut Dakwah Antarabangsa PERKIM Kuala Lumpur (IDIPKL), Ustaz Abdul Qawi Navine Abdullah.

Ustaz Jais Mariappan memulakan forum dengan menekankan pentingnya niat dalam hijrah dengan mengingatkan kata-kata Nabi Muhammad SAW bahawa selepas hijrah, tidak ada lagi hijrah fizikal kecuali jihad dan ini berkait rapat dengan niat yang ikhlas.
Beliau mengingatkan bahawa hijrah bukan hanya tentang perpindahan tempat tetapi lebih kepada perubahan rohani yang berterusan.
Tambahnya, kita yang hadir pada hari ini pelbagai bangsa, kaum dan etnik namun semua bersatu dalam satu akidah yang sama iaitu Islam.
Jelasnya juga, barisan panelis yang berada di pentas ini pun juga walaupun lahir bukan dalam Islam, akhirnya diberi hidayah oleh Allah dan berjaya berhijrah menjadi Muslim.
Ustaz Jais menegaskan bahawa mereka bukan hadir untuk mencari simpati tetapi untuk berkongsi pengalaman dan memberi semangat kepada hadirin, supaya mereka juga berusaha menjadi seorang Muslim yang cemerlang.

๐๐ฌ๐ญ๐๐ณ๐๐ก ๐๐ฎ๐ซ ๐๐๐ฃ๐ข๐ก๐๐ก ๐๐๐๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ฆ๐ฉ๐ข๐ญ memulakan forum dengan menekankan bahawa hijrah bukan hanya berpindah secara fizikal tetapi juga hijrah rohani yang melibatkan perubahan hati dan niat kerana Allah.
Beliau berkongsi pengalaman hidupnya sebagai seorang mualaf yang dilahirkan dalam keluarga Orang Asli. Setelah beberapa tahun memeluk Islam, beliau berjaya membawa ibunya yang berusia 70 tahun untuk memeluk Islam.
Ustazah Najihah turut menceritakan bagaimana minatnya terhadap Islam bermula sejak kecil, dan pada usia 17 tahun, beliau akhirnya memeluk Islam di bawah bimbingan Ustaz Haji Amran Anbarasu Abdullah yang juga seorang Pendakwah di PERKIM Kebangsaan.
Beliau juga menekankan pentingnya ilmu dalam perjalanan hijrah, kerana ilmu adalah kunci untuk mengamalkan Islam dengan betul dan juga mengingatkan agar setiap individu tidak berhenti belajar dan terus istiqomah dalam beramal.
Ustazah Najihah menyeru agar mereka yang baru berhijrah tidak merasa malu atau ragu kerana Allah akan sentiasa membantu mereka yang berusaha berubah ke arah yang lebih baik.

Panelis yang juga seorang pelakon terkenal filem KL Gangster, ๐๐๐ฎ๐๐๐ซ๐ ๐๐๐๐ฆ ๐๐จ๐ซ๐ซ๐ข๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐๐ก turut berkongsi kisah hidupnya yang penuh cabaran dari kecil hingga berjaya dalam dunia seni.
Beliau dilahirkan dalam keluarga bukan Islam dan membesar dalam keluarga tentera yang susah di kuarters sempit bersama 10 orang adik-beradik. Sejak kecil, beliau sudah bekerja mencari rezeki membantu ibunya meskipun tidak cemerlang dalam pelajaran.
Beliau mula bekerja sepenuh masa sebagai buruh dan kemudiannya menceburi bidang tarian. Minatnya berkembang apabila memenangi pertandingan tarian dan seterusnya menjadi guru tari dalam rancangan Akademi Fantasia.
Bakatnya membawa beliau ke peringkat antarabangsa mewakili Malaysia dalam pertandingan tarian dunia.
Setelah memeluk Islam, beliau diuji dengan kecaman hebat hingga membuat keputusan berhenti terus daripada dunia tarian selepas berkahwin. Namun, beliau terus aktif dalam lakonan dan bekerja keras mencari rezeki untuk keluarga.
Prinsip hidupnya yang berpegang pada nasihat ayah jangan mencuri dan menghormati orang tua membentuk jati dirinya sebagai insan yang bertanggungjawab, sabar dan tabah menghadapi ujian hidup serta istiqamah dalam keimanan.
Ustaz Jais turut berkongsi kisah hidupnya yang penuh dugaan sebelum memeluk Islam.
Beliau dilahirkan dalam keluarga bukan Islam dan dibesarkan dalam suasana susah di mana ibunya bekerja keras sebagai penoreh getah dan di kilang manakala bapa tirinya pula seorang penarik beca.
Kehidupan mereka sangat daif hingga anak-anak terpaksa merayu makanan dari rumah ke rumah.
Ketika berumur 10 tahun, Ustaz Jais dan abangnya dijual kepada majikan Cina untuk bekerja di kebun.
Akhirnya beliau diselamatkan dan dimasukkan ke Rumah Kebajikan Tunku Budriah, Cheras.
Di sana, beliau mula mengenal Islam dan belajar asas agama, namun hanya dapat memeluk Islam secara sah pada usia 18 tahun di Kuala Selangor.
Selepas memeluk Islam, beliau mendalami ilmu agama di Pondok Balai Dakwah Jeram dan seterusnya melanjutkan pengajian ke Yaman.
Sekembalinya ke tanah air, beliau menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di Universiti Malaya.
Ustaz Jais menekankan bahawa hidayah adalah anugerah Allah, tetapi ujian dan pengorbanan sebenar bermula selepas memeluk Islam. Beliau menyeru agar setiap mualaf dan umat Islam kekal istiqamah, kerana ujian adalah tanda kasih sayang Allah dan jalan untuk meningkatkan keimanan.
Pada pusingan kedua pula, Ustazah Najihah yang juga merupakan seorang mualaf daripada masyarakat Orang Asli berkongsi cabaran besar yang dihadapi selepas memeluk Islam terutamanya dari sudut mental dan emosi.
Beliau menyatakan bahawa halangan terbesar bukanlah fizikal tetapi datang daripada keluarga sendiri di mana mereka memulaukan dan enggan bertegur sapa selama hampir 10 tahun.
Walaupun dibesarkan dalam keluarga susah dan mempunyai 10 orang adik-beradik, beliau tetap bersemangat belajar walau tanpa sokongan penuh.
Dengan sifat “degil positif”, beliau meneruskan pengajian dan berdikari sejak muda serta sanggup mencari rezeki sendiri untuk terus belajar.
Ujian paling besar datang selepas pengislamannya ialah tekanan sosial, penolakan keluarga dan cabaran menyesuaikan diri.
Namun, berbekalkan istiqamah kepada agama tauhid, ahli keluarga beliau mula hadir semula dalam hidupnya pada hari pertunangannya.
Beliau percaya hidayah itu milik Allah dan penting untuk terus berbuat baik walaupun keluarga belum menerima sepenuhnya.
Bagi Ustazah Najihah “tiada hijrah tanpa pengorbanan” dan sebagai mualaf, seseorang perlu kuat dari segi mental dan fizikal.
Walaupun diuji, beliau bersyukur kerana Allah mempertemukannya dengan komuniti Islam yang menyokong dan menerima.
Adam Corrie turut berkongsi perjalanan hidupnya pada pusingan kedua, bagaimana beliau mendapat hidayah dan memilih Islam sebagai jalan hidupnya.
Sejak muda, beliau mempunyai ramai kawan Melayu, tetapi tidak ada seorang pun yang pernah bercerita tentang keindahan Islam kepadanya.
Malah, apabila beliau sendiri ingin tahu mengenai Islam, pernah ada rakan yang menakut-nakutkan beliau dengan pelbagai syarat seperti perlu โpotongโ (bersunat), tidak boleh baca al-Quran kerana beliau โkotorโ, malah dilarang berdoa kerana beliau bukan Islam.
Walaupun begitu, beliau tidak pernah berputus asa dan beliau yakin selagi ada niat walaupun setitik untuk mengenal Islam, Allah akan memberikan petunjuk.
Ternyata benar, selepas bertahun-tahun, seorang kawan lama yang sudah menjadi guru agama datang ke rumahnya tanpa dirancang.
Dalam pertemuan itu, beliau diperkenalkan dengan kisah Nabi Muhammad SAW terutamanya kisah Baginda di Taif yang sanggup berdoa untuk umat walaupun disakiti.
Kisah inilah yang menusuk hatinya betapa Nabi tidak pernah membalas kejahatan dengan kebencian, malah mendoakan kebaikan.
Sejak itu, Adam Corrie berdoa memohon petunjuk dan Allah SWT memperkenankan doanya melalui mimpi dan pada tahun 2007, beliau memeluk Islam dengan bimbingan Ustaz Haji Amran Anbarasu Abdullah.
Namun, perjalanan selepas syahadah tidak mudah kerana ujian pertama beliau ialah kehilangan kerja dan tiada siapa mahu mengambilnya berlakon.
Tetapi beliau tetap sabar kerana yakin Islam bukan jalan untuk berkahwin atau mencari keuntungan dunia sebaliknya kerana hidayah yang Allah berikan.
Beliau belajar solat sendiri, hafal surah-surah asas, dan menyimpan niat untuk menunaikan umrah.
Walaupun pada awalnya dihina dan ditertawakan, Allah membuka jalan rezeki datang sedikit demi sedikit.
Beliau dapat menunaikan umrah walaupun wangnya hampir tiada dengan bantuan orang-orang yang Allah gerakkan hatinya untuk membantu.
Di Tanah Suci, beliau mendapat pengalaman luar biasa di mana beliau dapat solat dan berdoa di Hijir Ismail, menyentuh Kaabah, masuk Raudhah dan solat di sisi makam Nabi SAW.
Selepas pulang, rezekinya semakin terbuka. Beliau mendirikan rumah tangga dengan isterinya selepas melalui pelbagai cabaran, termasuk keguguran berkali-kali.
Beliau juga diuji dengan cemuhan orang, dihalau dari set penggambaran hanya kerana mahu solat.
Adam Corrie juga pernah juga diherdik kerana mengambil zakat, walaupun beliau hanya mahu menjaga isterinya.
Namun, semua itu tidak pernah membuatkan beliau menyesal.
Katanya, kalau beliau masuk Islam kerana manusia, tentu beliau sudah berpatah balik kepada agama lama tetapi beliau masuk Islam kerana Allah dan tidak pernah menyesal walau setitik pun.
Ujian hidup membuatkan beliau semakin dekat dengan majlis ilmu.
Malah beliau pernah dihalang muncul di stesen TV selama beberapa tahun.
Namun, Allah ganti dengan sesuatu yang lebih baik dan dapat duduk dekat dengan para ulama, antaranya Habib Ali Zainal Abidin dan aktif menghadiri majlis ilmu sehingga digelar โAdam Saf Depanโ kerana selalu duduk di saf hadapan.
Beliau juga memimpin Pertubuhan Usrah Fitrah dan Pertubuhan Kembara Iman untuk membantu artis dan mualaf mendalami Islam.
Dengan izin Allah, beliau telah membawa ramai mualaf menunaikan umrah secara percuma, walaupun pelbagai cabaran dihadapi.
Malah, ramai yang pulang dari umrah dengan membawa keluarga dan kawan-kawan memeluk Islam. Ada yang berubah menjadi penghafaz al-Quran, mutawif, dan pendakwah.
Adam Corrie menegaskan bahawa Islam itu indah tetapi untuk terus istiqamah perlu berada dalam suasana ilmu dan kawan-kawan yang soleh.
Beliau menasihati mualaf supaya berpegang dengan al-Quran dan Sunnah kerana dua perkara ini akan memelihara kita daripada sesat selama-lamanya.
Ustaz Jais Mariappan Abdullah menekankan bahawa niat itu haruslah benar dan ikhlas semata-mata untuk mengenal Allah SWT bukan kerana sebab-sebab luar seperti perkahwinan, mimpi, atau kesusahan hidup.
Katanya, setelah memeluk Islam, seseorang perlu konsisten dalam belajar dan menghayati agama kerana Allah SWT pasti akan membuka jalan dan memberi rezeki kepada hamba-Nya yang bersungguh-sungguh serta yakin dengan janji-Nya.
Beliau turut mengingatkan bahawa menjaga hubungan dengan Allah adalah tanggungjawab semua orang beriman, bukan hanya mualaf, kerana sesiapa yang menjaga agama Allah pasti akan dipelihara-Nya.
Namun begitu, beliau meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir mualaf yang menjadi lemah dan mundur setelah memeluk Islam sedangkan sebelum itu mereka mampu berdikari dan rajin berusaha.
Keadaan ini, menurutnya, mencemarkan imej Islam yang sebenarnya sangat mulia.
Beliau menggesa para mualaf agar tidak mengambil kesempatan dalam kesempitan, sebaliknya terus berusaha meningkatkan diri agar tidak dipandang serong oleh masyarakat.
Ustaz Jais juga mengingatkan bahawa matlamat utama kehidupan ini adalah untuk meraih syurga.
Justeru, setiap Muslim perlu bersedia melakukan pengorbanan, menghadapi ujian dari sudut emosi, fizikal, dan ekonomi, serta terus taat kepada perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.
Hanya dengan kesungguhan dan keyakinan, seseorang itu mampu bertahan dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Ustazah Najihah berkongsi pengalamannya pada pusingan ketiga di mana ketika beliau menjadi warden asrama sewaktu belajar dahulu.
Walaupun hidupnya susah, beliau belajar bahawa bila kita memberi, walau sedikit, Allah akan bantu dengan cara yang kita tidak sangka.
Beliau turut menekankan betapa pentingnya kasih sayang dalam keluarga, terutamanya kepada ibu bapa. Kadangkala ibu bapa bukan mengharapkan duit, tetapi tanda kasih daripada anak.
Begitulah juga dalam berdakwah kepada keluarga atau orang terdekat yang belum Islam di mana kita tidak boleh meninggalkan mereka dan mendekati mereka dengan cara berhikmah.
Beliau menekankan bahawa ilmu adalah asas penting untuk beramal. Tanpa ilmu, amalan kita hanya ikut-ikutan mudah terpengaruh dengan pendapat yang bercanggah dan akhirnya boleh menyesatkan diri sendiri serta orang lain.
Dalam Islam, ilmu itu fardhu ain di mana ia wajib dicari oleh setiap Muslim supaya kita tahu apa yang betul dan apa yang salah.
Beliau turut mengingatkan bahawa hukum fiqah itu luas dan kadang berbeza-beza mengikut keadaan.
Oleh itu, umat Islam perlu sentiasa mengulangkaji dan merujuk kepada orang yang berilmu, terutama perkara yang melibatkan wanita. Beliau sendiri sentiasa membuat semakan semula dan tidak malu bertanya.
Ustazah Najihah juga menasihatkan mualaf agar tidak selamanya melekat pada gelaran โmualafโ, tetapi berusahalah keluar daripada kejahilan dengan mendalami ilmu.
Zaman sekarang, banyak tempat untuk belajar seperti PERKIM, JAWI dan pelbagai organisasi Islam lain serta jangan hanya bergantung kepada โGoogleโ tanpa bimbingan, kerana ilmu perlu dicari melalui guru yang betul supaya tidak sesat.
Beliau juga berpesan supaya umat Islam jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Jika tidak layak menerima bantuan di satu tempat, carilah ikhtiar lain kerana Allah akan bantu melalui jalan yang tidak disangka-sangka.
Tambah Ustazah Najihah lagi, duduk dalam majlis ilmu walaupun penat, meninggalkan keselesaan rumah dan keluarga, semuanya tidak sia-sia kerana para malaikat mendoakan orang yang hadir menuntut ilmu.
Semoga dengan majlis ilmu, nama kita akan termasuk dalam golongan ahli syurga, insya-Allah.
Pada pusingan ketiga, Adam Corrie berkongsi pengalamannya tentang bagaimana hidayah Allah datang kepada setiap insan dengan cara yang berbeza namun semuanya adalah atas kasih sayang dan kehendak-Nya.
Beliau mengingatkan bahawa untuk kekal dalam jalan Islam, kita perlu sentiasa memperbetulkan niat dan berpegang pada empat perkara utama yang diajarkan oleh Nabi SAW iaitu doa, usaha, istiqamah dan tawakal.
Kita tidak boleh hanya berdoa tanpa berusaha, sebaliknya perlu bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang diimpikan sama ada dalam urusan dunia mahupun akhirat.
Dalam hidup ini, katanya, ramai yang tahu tentang amalan-amalan mulia seperti solat tahajud, zikir dan selawat tetapi tidak ramai yang mahu melakukannya walaupun ganjarannya besar dan Allah sendiri telah menjanjikan syurga.
Menurut beliau, amalan seperti tahajud, solat sebelum Subuh dan berzikir bukanlah berat, malah dapat memberikan ketenangan dan kekuatan jiwa, namun segelintir orang menganggap mereka yang mengamalkannya sebagai menunjuk-nunjuk.
Beliau turut berkongsi amalan peribadinya yang telah bertahun-tahun istiqamah mengamalkan solat tahajud dan memperbanyakkan selawat sehingga masuknya waktu Subuh.
Katanya, zikir dan selawat adalah amalan yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT kerana ia bentuk ingatan kepada kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW.
Beliau juga menekankan pentingnya ilmu dan pembelajaran agar setiap Muslim faham makna amalannya kerana tanpa ilmu, seseorang tidak akan mampu menghayati erti sebenar kehidupan beragama.
Tambah beliau, jika kita sendiri tidak mahu berusaha untuk berubah dan menambah baik diri, maka tiada siapa yang boleh membantu, sebagaimana makanan tidak akan sampai ke mulut jika kita tidak menyuapnya sendiri.
Pesannya, tanamkan jiwa besar, rajin berusaha, jangan mudah mengalah dan jangan kecewa jika kehilangan kawan, asalkan tidak kehilangan Allah dan keluarga tercinta.
Beliau menutup dengan nasihat agar sentiasa bersangka baik, senyum dan belajar untuk rasa cukup dengan apa yang ada kerana hidup ini pasti indah jika kita melihatnya dari kaca mata keimanan.
Beliau berharap perkongsian kisah hidupnya memberi manfaat dan menjadi inspirasi untuk terus kuat berjuang sebagai Muslim yang baik.
Forum Maโal Hijrah menutup tirainya dengan ucapan Pengarah Kanan Dakwah PERKIM Kebangsaan, YBhg Dato’ Haji Razali Haji Shahabudin.

Dato Razali dalam ucapannya mengucapkan rasa syukur kehadrat Allah SWT dan berterima kasih kepada saudara baharu yang hadir serta memberi penghargaan khusus kepada ahli panel kerana telah menyumbang pemikiran dan pengalaman mereka dalam forum tersebut.
Beliau menyatakan bahawa tujuan program Maal Hijrah pada hari ini bukan hanya untuk memperingati peristiwa sejarah Hijrah Nabi Muhammad SAW sahaja tetapi juga untuk mengingatkan semua tentang pengorbanan yang sebenar yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat dalam peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah.
Katanya, peristiwa hijrah ini dianggap sebagai satu pengajaran penting dalam kehidupan umat Islam, terutamanya dalam konteks pengorbanan yang lebih besar dan lebih mendalam.
Beliau juga menekankan bahawa, pada zaman ini, hijrah bukan sahaja melibatkan perpindahan fizikal tetapi lebih kepada perubahan rohani terutamanya bagi mereka yang memeluk agama Islam dan menjadi mualaf.
Dato’ Razali memberikan contoh pengorbanan yang dihadapi oleh individu yang baru memeluk Islam yang kadangkala terpaksa berdepan dengan cabaran besar seperti pengasingan daripada keluarga atau komuniti asal mereka.
Beliau turut berkongsi pengalaman peribadinya di mana isteri beliau juga merupakan seorang mualaf berbangsa Cina dan menekankan bahawa pengorbanan ini sangat penting dalam perjalanan seorang Muslim untuk mencapai kehidupan yang lebih baik dan lebih diberkati.
Beliau yang juga baru pulang dari Besut, Terengganu bagi menghadiri program Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) turut mendengar segala permasalahan dan cabaran yang berbeza-beza dihadapi oleh 49 mualaf KAGAT.
Dalam pada itu, beliau menyeru kepada peserta untuk tidak merasa malu atau segan mencari bantuan dari PERKIM dan NGO lain khususnya dalam membantu saudara baru atau mualaf yang mungkin menghadapi pelbagai kesukaran.
Datoโ Razali juga menyeru agar setiap individu terus berusaha untuk mencari ilmu dan meningkatkan amal ibadah sebagai panduan hidup.
Beliau berharap agar forum ini memberi manfaat yang besar dan menjadi sumber inspirasi dalam menjalani kehidupan yang lebih baik di bawah petunjuk Allah SWT.
โSaya menekankan bahawa setiap saudara baharu wajib menuntut ilmu dan kita telah menyediakan Kelas Pengajian Islam PERKIM Kebangsaan (KPIPK) pada sebelah pagi, petang dan malam untuk dipelajari.
โTuntutlah ilmu kerana ilmua adalah kunci untuk mencapai matlamat kehidupan yang sejati dan berkualiti,โ kata Datoโ Razali mengakhiri ucapannya.
Majlis berakhir dengan penyampaian plak PERKIM dan cenderahati daripada Datoโ Razali kepada Adam Corrie dan Nur Najihah serta jamuan makan tengah hari.

Abdul Qawi mengacarakan majlis sebelum diserahkan kepada moderator forum.

Barisan ahli panel (dari kiri) Ustazah Nur Najihah Abdullah Sampit, Ustaz Muhammad Jais Mariappan Abdullah dan Saudara Adam Corrie Lee Abdullah.

Saudara baharu menadah tangan ketika doa dibacakan.

Barisan ahli panel turut mengaminkan doa yang dibacakan.

Saudara baharu pelbagai bangsa menadah tangan dan mengaminkan doa.

Ustaz Jais selaku moderator memulakan Forum Ma’al Hijrah bertajuk “Pengorbanan Hijrah Yang Sebenar”.

Seramai 250 mualaf pelbagai bangsa dan etnik hadir mendengar forum yang disampaikan.

Hadirin tekun mendengar forum Ma’al Hijrah yang disampaikan oleh barisan ahli panel.

Pandangan dan nasihat daripada ahli panel yang juga bergelar mualaf dijadikan pegangan dan motivasi untuk berjaya.

Adam Corrie berkongsi kisah suka duka dan cabaran yang dihadapinya sebagai seorang Muslim.

Dato’ Razali menyampaikan ucapannya di akhir forum.

Ustazah Najihah menerima cenderahati PERKIM daripada Dato’ Razali.

Dato’ Razali menyampaikan plak dan cenderahati PERKIM kepada Adam Corrie selaku ahli panel.

Saudara baharu mengambil makanan tengah hari secara bufet.

Para petugas mengagihkan makanan dan lauk kepada saudara baharu.



