50 Dai Sertai Ijtimak Pendakwah Komuniti PERKIM
๐๐ก๐๐: ๐บ๐๐
๐๐จ๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐ฃ๐จ๐ฅ, ๐ฎ๐ต ๐ฆ๐๐ฃ๐ง๐๐ ๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ โ Bagi memperkukuhkan pemahaman dan penghayatan terhadap ajaran Islam di kalangan pendakwah, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) menganjurkan Ijtimak Pendakwah Komuniti PERKIM bertempat di Hotel Adamson, Jalan Haji Hussein, Chow Kit dekat sini.
Program tiga hari dua malam itu dihadiri seramai 50 orang yang menghimpunkan peserta dari kalangan Tokoh Pendakwah PERKIM Bahagian Negeri-negeri, Majlis Belia PERKIM Pusat dan Kelab PERKIM Universiti Islam Selangor.
Penyelaras program, Ustaz Muhammad Jais Mariappan Abdullah berkata, program tersebut merupakan satu platform untuk memperkukuhkan ilmu dan pemahaman agama di kalangan peserta, khususnya dalam konteks ajaran dan amalan Islam yang benar.
Selain itu, ia memberi peluang kepada tokoh pendakwah untuk berinteraksi, berbincang dan membina jaringan kerjasama yang bermanfaat untuk kerja dakwah di masa hadapan.
Jelas Jais, ia dapat mengembangkan kemahiran komunikasi, pemikiran kritis, dan kemahiran berinteraksi sosial di kalangan peserta terutamanya dalam konteks menyampaikan dakwah.
Secara tidak langsung, ia dapat memberi penilaian dan penambahbaikan terhadap kualiti dakwah yang dilakukan oleh para pendakwah serta mendapatkan nasihat dan panduan dari tokoh-tokoh yang lebih berpengalaman.
Taklimat program disampaikan oleh Pengarah Kanan Dakwah PERKIM Kebangsaan, YBhg Datoโ Haji Razali Haji Shahabudin.
Datoโ Razali mengalu-alukan kehadiran peserta khususnya Tokoh Pendakwah PERKIM terdiri daripada mualaf dari semenanjung Malaysia.
Menurut beliau, perhimpunan tersebut dapat memperkuatkan jaringan pendakwah komuniti PERKIM, meningkatkan kompetensi dakwah, memperkasa komuniti PERKIM melalui dakwah serta pembangunan moral dan spiritual.
Jelas beliau, ia tidak hanya menjadi wadah untuk pengembangan diri pendakwah tetapi juga memperkuat sinergi antara pendakwah dalam rangka memperluas pengarah dakwah di seluruh Malaysia.
Sebelum itu, Datoโ Razali berkesempatan mengenali peserta dalam sesi taaruf.
Slot pertama bertajuk โPeranan al-Quran dan Hadis dalam Pendakwahanโ disampaikan oleh Guru Takmir Wilayah Persekutuan, Ustaz Haji Mohammad Hasnol Abu Bakar.
Ustaz Hasnol dalam ceramahnya berkata, peranan al-Quran dan Hadis merupakan sumber utama ajaran dan panduan hidup yang lengkap serta merupakan rujukan utama dalam berdakwah.
Beliau turut menerangkan kepada peserta mengenai peranan al-Quran dalam pendakwahan, perbezaan di antara Hadis dan Sunnah, contoh dakwah Rasulullah SAW, ciri-ciri pendakwah yang berjaya dan lain-lain lagi.
Ijtimak pada hari kedua dimulakan dengan solat Subuh berjemaah diikuti dengan Kuliah Subuh bertajuk โKebahagiaan Membaca Al-Quranโ disampaikan oleh Ustaz Muhammad Faiz Osman.
Kata beliau, Allah SWT membalas pada setiap tujuh ayat di dalam Surah al-Fatihah yang dibaca setiap hamba-Nya.
Ustaz Faiz turut memetik sebuah Hadis Riwayat Ibn Abi Syaibah, Rasulullah SAW bersabda: โSeorang lelaki menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi satu pun solatnya tidak diterima Allah. Perkara ini berlaku kerana dia menyempurnakan sujudnya tetapi tidak menyempurnakan rukuknya, atau menyempurnakan rukuknya tetapi tidak menyempurnakan sujudnya.โ
Jelas beliau, sebagai pendakwah kita diwajibkan menuntut ilmu, membaca al-Quran, menjaga hak-hak Allah dan sentiasa berdoa serta mengharap keredaan Allah SWT.
Slot ceramah kedua bertajuk โIdentifikasi Tujuan dan Sasaran Dakwahโ disampaikan oleh Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Selangor, YBhg Tuan Haji Ibrahim Haji Nar Hussain.
Haji Ibrahim dalam ceramahnya berkata, dakwah adalah mengajak atau menyeru manusia agar menempuh kehidupan ini di jalan Allah SWT.
Bersandarkan firman Allah SWT di dalam Surah An-Nahl, ayat 125 bermaksud: โSerulah kalian (umat manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah, nasihat yang baik, dan berdebatlah dengan mereka secara yang lebih baik.โ
Jelas beliau, setiap perkataan, pemikiran, atau perbuatan yang secara eksplisit atau pun implisit mengajak orang ke arah kebaikan (dalam perspektif Islam), perbuatan baik, amal soleh atau menuju kebenaran dalam bingkai ajaran Islam adalah dakwah.
Haji Ibrahim turut menerangkan kepada peserta mengenai identifikasi dakwah, objektif dakwah, sasaran dakwah, metodologi dakwah dan konsep jemaah dalam berdakwah.
Tambah beliau lagi, persediaan dan teknik berdakwah merangkumi kenali diri, kenali sasaran, kuasai ilmu, kuasai kaedah dan kajian impak.
โPendekatan dan Strategi Dakwah Menerusi Teknik Komunikasiโ merupakan tajuk slot ceramah ketiga disampaikan oleh Presiden Global Unity Network, Shah Kirit Kakulal Govindji.
Shah Kirit dalam ceramahnya berkata, untuk menjadi pendakwah yang baik, peserta haruslah menjadi pendengar yang baik.
Katanya, strategi dakwah yang memfokuskan kepada teknik komunikasi sangat penting untuk memastikan pesanan dakwah disampaikan secara efektif dan dapat diterima oleh madโu.
Melaksanakan dakwah bukan hanya melalui kata-kata tetapi melalui perbuatan, seperti menyertai atau menganjurkan program kebajikan, bantuan kemanusiaan atau aktiviti kemasyarakatan.
Menurut Shah Kirit lagi, antara strategi komunikasi berdakwah ialah menggunakan bahasa yang sesuai dengan madโu; pendekatan dakwah melalui platform media sosial; pendekatan komunikasi interpersonal dan inklusif; dakwah dalam bentuk dialog dan diskusi terbuka; pendekatan psikologi serta dakwah susulan yang konsisten.
Beliau turut berkongsi kisah suka duka dan pengorbanan pahit manis yang dilalui demi mengekalkan nama asalnya selepas memeluk Islam.
Shah Kirit turut mempromosikan kepada peserta aplikasi DAWANITY secara dalam talian untuk memberi peluang belajar seni dakwah secara harmoni demi mencapai matlamat dakwah yang efektif dan menyentuh jiwa.
Slot ceramah keempat pula disampaikan oleh Ketua Jabatan Outreach dan Pembangunan Mualaf Hidayah Centre Foundation, Noli Husain dengan tajuk โTeknik Dialog dan Percakapan dengan Prospek.โ
Noli memperkenalkan teknik dakwah yang mudah dan efektif melalui pendekatan A.S.A.R.A-P.K kepada peserta.
Ujar beliau, pendekatan tersebut menggunakan kaedah bertanya dan dibuktikan melalui Al-Quran untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan umat Islam serta menyampaikan dakwah kepada bukan Islam.
‘Teknik A.S.A.R.A-P.K’ merupakan cara yang efektif dalam menyebarkan dakwah kepada masyarakat non-Muslim.
Kata Noli lagi, pendakwah perlu menggunakan kaedah penerapan 5S โ senyum, sapa, salam, santun, dan sopan ketika menyampaikan dakwah untuk memudahkan penerimaannya.
Slot ceramah kelima pula disampaikan oleh Kaunselor Berdaftar, YBhg Tuan Haji Hushim Haji Salleh dengan tajuk โPendekatan Dakwah Melalui Kaunseling.โ
Haji Hushim yang juga Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM berkata, kaunseling didefinisikan jujur, nasihat baik dan penasihat jujur yang diambil dari istilah nasuha dalam Al-Quran yang bermaksud memberi naslhat secara jujur, bertindak jujur, dan berniat baik.
Menurut Haji Hushim, tujuan kaunseling ialah untuk membantu menyelesaikan masalah untuk mencapai matlamat kepada mereka yang menghadapi krisis bagi membantu perkembangan individu secara motivasi.
Jelas beliau, terdapat beberapa langkah proses kaunseling iaitu membina hubungan, penstrukturan, penerokaan, mengenal pasti masalah, memilih alternatif, perancangan pelan tindakan, penamatan serta susulan.
Beliau yang juga Pengerusi PERKIM Cawangan Klang berkata, antara masalah yang sering mendapat perhatian ialah pemikiran untuk membunuh diri, stress, kecelaruan identiti, cinta terlarang, penderaan seksual, kemurungan, kebimbangan, masalah konsep kendiri, masalah perhubungan dan keluarga, kematian dan lain-lain.
Haji Hushim yang juga Pengarah Urusan Konsultan Motivasi dan Kaunseling berkata, satu kajian komuniti di Malaysia menunjukkan sekitar lapan peratus rakyat dewasa negara ini mengalami gejala kebimbangan melampau. Oleh sebab penyakit itu tidak dapat dilihat secara fizikal, banyak kes yang tidak dirawat.
โRamai salah faham kerana pemeriksaan kesihatan biasanya mendapati fizikal seseorang itu sihat, pesakit anxiety sering dianggap mengadakan-adakan masalah. Lebih buruk, ada yang tidak dapat sokongan ahli keluarga dan persekitaran.
โSalah faham ini perlu diperbetulkan kerana jika tidak dirawat, ia boleh beri kesan jangka panjang pada pesakit,โ katanya.
Justeru, Hushim menasihatkan keluarga dan rakan-rakan pesakit memahami dan jangan meremehkan perasaan pesakit.
โBantu mengendalikan tekanan dan dapatkan bantuan profesional sekiranya masih belum berbuat demikian,โ ujar beliau.
Seusai solat Subuh berjemaah, Haji Hushim turut menyampaikan kuliah Subuh kepada peserta.
Beliau menasihatkan untuk terus kekal istiqamah dengan pegangan akidah Islam meskipun menempuh segala cabaran dan fitnah akhir zaman ini kerana terdapat segelintir pendakwah diuji dan tersasar daripada landasan Islam.
Peserta dibahagikan kepada lima kumpulan untuk membuat tugasan dalam sesi rundingan meja bulat sekali gus pembentangan resolusi bertajuk โPeranan Al-Quran dan Hadis dalam Pendakwahanโ, โMasjid Sebagai Pusat Komunitiโ, โPendekatan dan Strategi Dakwah Melalui Teknik Komunikasiโ, โTeknik Dialog dan Percakapan Dengan Madโuโ serta โPendekatan Kaunseling Dalam Dakwahโ.
Majlis diserikan lagi dengan perasmian penutup disampaikan oleh Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.
Dr Yusof Noor dalam ucapannya berkata, kita menyebarkan Islam untuk menyambung usaha dakwah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.
Katanya, Islam berkembang bukan dengan kekerasan tetapi dengan contoh tauladan serta akhlak mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
โUsaha dakwah ini merupakan usaha yang kita perlu kita lakukan secara kolektif di mana kita tidak mampu laksanakan secara individu tetapi kita laksanakan menerusi PERKIM.
โKita perlu mengelak daripada perkara yang boleh memberi imej yang salah kepada orang luar daripada Islam.
โKita perlu menunjukkan contoh yang baik kerana contoh yang baik itulah sebenarnya wasilah dakwah.
โSaya nak ucap tahniah kepada tokoh pendakwah PERKIM yang mana dahulunya mereka telah memilih untuk memeluk agama Islam dan kini bergiat aktif untuk menyampaikan mesej dakwah kepada bangsa mereka dan masyarakat lain.
โMarilah kita merapatkan hubungan dan bersama-sama membantu usaha dakwah secara kolektif,โ kata Dr Yusof Noor mengakhiri ucapannya.
Penghulu program, Mohd Firdaus Shahrudin dari Majlis Belia PERKIM Perak berkesempatan menyampaikan resolusi kepada Dr Yusof Noor.
Di akhir ijtimak, Dr Yusof Noor menyampaikan sijil penyertaan dan hadiah kepada peserta kumpulan diiringi Datoโ Razali.
Turut hadir ialah Pengarah Pembangunan Pendidikan dan Operasi PERKIM Kebangsaan, YBhg Dr Suariza Hidayah Muhammad; Pegawai Dakwah dan Pembangunan Insan PERKIM Kebangsaan, Muhammad Farhan Tee Abdullah, Siti Munirah Sayed Mohd Hamdan serta Nur Syahirah Musa.
Dato’ Razali menyampaikan taklimat kepada peserta.
Menurut Dato’ Razali, ijtimak yang diadakan bertujuan untuk memperkasa komuniti PERKIM melalui dakwah serta pembangunan moral dan spiritual.
Sesi suai kenal di antara peserta.
Ustaz Hasnol menyampaikan tajuk ‘Peranan al-Quran dan Hadis dalam Pendakwahanโ.
Ustaz Hasnol berkata, peranan al-Quran dan Hadis merupakan sumber utama ajaran dan panduan hidup yang lengkap serta merupakan rujukan utama dalam berdakwah.
Dr Suariza menyampaikan cenderahati plak PERKIM kepada Ustaz Hasnol diiringi Ustaz Jais dan Ustazah Munirah.
Ustaz Muhammad Faiz Osman menyampaikan kuliah Subuh bertajuk โKebahagiaan Membaca Al-Quranโ.
Menurut Ustaz Faiz, sebagai pendakwah kita diwajibkan menuntut ilmu, membaca al-Quran, menjaga hak-hak Allah dan sentiasa berdoa serta mengharap keredaan Allah SWT.
Tajuk ‘Identifikasi Tujuan dan Sasaran Dakwahโ disampaikan oleh Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Selangor, YBhg Tuan Haji Ibrahim Haji Nar Hussain.
Menurut Haji Ibrahim, dakwah adalah mengajak atau menyeru manusia agar menempuh kehidupan di jalan Allah SWT.
Haji Ibrahim menerima cenderahati plak PERKIM daripada Dr Suariza diiringi Ustaz Jais.
Presiden Global Unity Network, Shah Kirit Kakulal Govindji menyampaikan tajuk โPendekatan dan Strategi Dakwah Menerusi Teknik Komunikasiโ kepada para dai.
Shah Kirit berkata, strategi dakwah yang memfokuskan kepada teknik komunikasi sangat penting untuk memastikan pesanan dakwah disampaikan secara efektif dan dapat diterima oleh madโu.
Dr Suariza menyampaikan cenderahati plak PERKIM kepada Shah Kirit.
Ketua Jabatan Outreach dan Pembangunan Mualaf Hidayah Centre Foundation, Noli Husain menyampaikan ceramah bertajuk โTeknik Dialog dan Percakapan dengan Prospek.โ
Noli memperkenalkan teknik dakwah yang mudah dan efektif melalui pendekatan A.S.A.R.A-P.K kepada peserta.
Noli Husain menerima plak cenderahati PERKIM daripada Dr Suariza.
Kaunselor Berdaftar, YBhg Tuan Haji Hushim Haji Salleh menyampaikan ceramah bertajuk โPendekatan Dakwah Melalui Kaunseling.โ
Haji Hushim yang juga Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM berkata, tujuan kaunseling ialah untuk membantu menyelesaikan masalah untuk mencapai matlamat kepada mereka yang menghadapi krisis bagi membantu perkembangan individu secara motivasi.
Haji Hushim turut mengadakan aktiviti kepada para dai.
Haji Hushim turut menunjukkan kaedah mengendalikan sesi kaunseling.
Dr Suariza berkesempatan menyampaikan plak cenderahati kepada Haji Hushim diiringi Ustaz Jais.
Ustaz Jais Mariappan mempimpin Solat Subuh berjemaah.
Haji Hushim yang juga Pengerusi PERKIM Cawangan Klang menyampaikan kuliah Subuh.
Para pendakwah yang diberikan tugasan dalam bengkel latihan dalam kumpulan.
Peserta kumpulan membuat pembentangan dalam isu murtad.
Peserta kumpulan empat membentang tajuk ‘Metodogi Dakwah Bil Hal’.
Peserta kumpulan membentang tajuk ‘Pendekatan dan Strategi Dakwah Menerusi Teknik Komunikasi’.
Tajuk ‘Teknik, Dialog dan Percakapan dengan Prospek’ dibentang oleh peserta kumpulan lima.
Ahli kumpulan tiga membentang tajuk ‘Pendekatan Kaunseling Dalam Dakwah’ menerusi persembahan slide.
Penghulu program, Mohd Firdaus Shahrudin dari Majlis Belia PERKIM Perak menyampaikan ucapannya di majlis penutupan ijtimak.
Firdaus Shahrudin menyerahkan resolusi Ijtimak Pendakwah Komuniti PERKIM kepada Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.
Dr Yusof Noor menyampaikan ucapan perasmian penutup.
Menurut Dr Yusof Noor, usaha dakwah ini merupakan usaha yang kita perlu kita lakukan secara kolektif di mana kita tidak mampu laksanakan secara individu tetapi kita laksanakan menerusi PERKIM.
Dr Yusof Noor menyampaikan sijil penyertaan dan hadiah kepada peserta kumpulan.
Peserta kumpulan menerima sijil penghargaan dan hadiah daripada Dr Yusof Noor.
50 Dai Ijtimak Pendakwah Komuniti PERKIM bergambar kenang-kenangan di akhir program.