Wanita PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan Ziarah Dakwah Pulau Pinang
Baru-baru ini Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Wilayah Persekutuan (WPBWP) mengadakan Program Ziarah Dakwah Pulau Pinang pada 23 hingga 25 September 2022.
Ziarah rombongan diketuai oleh Pengerusi WPBWP, YBhg Dr Suariza@ Hidayah Muhammad.
Turut bersama ahli-ahli WPBWP, Naib Pengerusi, Norma Anom Sary Saidi Abd Jalil; Setiausaha, Maizura Shamsuddin; Penolong Setiausaha, Nur Shazleen R. Samsul Bahari serta ahli jawatankuasanya, Rozaitonnisah Razali, Latifah Sudin dan Rashidah Begum Abdullah.
Tujuan program diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan silaturrahim bersama agensi dan badan agama di Pulau Pinang serta bertukar pandangan, mendapat maklumat daripada beberapa agensi di sana hanya kerana untuk memperkasakan dakwah bersama.
WPBWP pada hari pertama telah mengadakan kunjungan hormat ke Zakat Pulau Pinang (ZPP) yang disambut baik oleh YBhg Dato’ Amran Hazali selaku Ketua Pegawai Eksekutif ZPP. ZPP mengharapkan agar dapat mengadakan program melalui duit zakat kepada mualaf demi menjaga akidah mereka kekal sebagai Muslim yang sejati. ZPP juga mengharapkan kolobrasi dapat dijalankan bersama PERKIM Pulau Pinang.
Seterusnya WPBWP ke Kompleks Darul Hidayah bagi menyantuni mualaf di sana. Setakat ini seramai 10 orang mualaf yang menginap di sana kerana bermasalah tempat tinggal. Bantuan kewangan kepada mualaf juga disalurkan oleh WPBWP.
IPSI juga menjadi pilihan bagi WPBWP untuk mendapatkan cara dakwah yang dilaksanakan oleh IPSI. YBhg. Datin Hajah Siti Sara selaku Pengamanah IPSI telah berkongsi cara dakwah di Masjid Kapitan Keling secara praktikal yang disampaikan oleh Puan Janatul Firdaus.
Kami juga berterima kasih juga kepada YBhg Dato’ Faruk Raja Mohamed selaku Pengerusi Masjid Kapitan Keling yang telah menyambut kedatangan rombongan WPBWP termasuk menyediakan hidangan makan tengahari dengan menu terkenal di Pulau Pinang.
Masjid yang berusia 221 tahun ini sangat besar jasanya dalam menyebarluaskan dakwah Islamiah di Pulau Pinang.
Rakan seperjuangan WPBWP adalah Wanita PERKIM Bahagian Pulau Pinang (WPBPP) yang mana kedatangan kami disambut dengan sejambangan bunga oleh Pengerusi WPBPP, YBhg Dato’ Hajah Latiffa Bee dan juga Pengerusi Bahagian Pulau Pinang, YBhg. Prof. Madya Dr. Amin Malik.
Mereka menjelaskan bahawa terdapat 7 cawangan di PERKIM Pulau Pinang dan masing-masing menjalankan dakwah tempat cawangan masing-masing. Pelbagai jenis dakwah dijalankan sama ada bersifat pendidikan mahupun kebajikan.
Justeru hasil daripada ziarah yang telah dilaksanakan InshaAllah pihak WPBWP akan meneruskan kesinambungan kerjasama dakwah bersama PERKIM Bahagian Pulau Pinang, Kompleks Darul Hidayah Pulau Pinang, IPSI, Masjid Kapitan Keling serta Zakat Pulau Pinang.
Program Ziarah Dakwah Pulau Pinang sangat besar ertinya kepada semua AJK yang terlibat kerana banyak ilmu yang dapat dikongsi sepanjang program ini berlangsung.