Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

Majlis Penerangan Perlembagaan PERKIM Bersama PERKIM Bahagian Negeri Perak

oleh : SYED AZMAN SYED ARIFFIN

Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor mengadakan pertemuannya di dalam Majlis Penerangan Perlembagaan PERKIM (Perundangan) bertempat di Dewan Tun Abdul Razak, Persekutuan Seruan Islam Perak, Ipoh Perak pada 25 September 2022 lalu.

Majlis yang dihadiri oleh 82 ahli tersebut dianjurkan oleh PERKIM Bahagian Negeri Perak.

Majlis itu menghimpunkan Ahli Jawatankuasa PERKIM Bahagian Negeri Perak, Wanita PERKIM Bahagian Negeri Perak, PERKIM Cawangan Manjung, PERKIM Cawangan Taiping, PERKIM Cawangan Ipoh, PERKIM Cawangan Batu Kurau, PERKIM Cawangan Batu Gajah, PERKIM Cawangan Tambun, PERKIM Cawangan Mukim Sungai Raja, PERKIM Cawangan Bukit Gantang, PERKIM Cawangan Kampung Kepayang, PERKIM Cawangan Bagan Serai, PERKIM Cawangan Sungai Siput, PERKIM Cawangan Padang Rengas, PERKIM Cawangan Tanjong Malim, PERKIM Cawangan Teluk Intan, PERKIM Cawangan Parit, PERKIM Cawangan Kampung Paloh, PERKIM Cawangan Kuala Kangsar dan PERKIM Cawangan Bagan Datuk.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM merangkap Pengerusi PERKIM Cawangan Batu Kurau, YBhg Dato’ Haji Kapt Mohd Najmuddin Elias; Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Perak, YBhg Dato’ Haji Abdul Khalid Mohd Nasir; Naib Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Perak 1, YBhg Dato’ Haji Sallehuddin Abd Hamid; Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Perak, Mahadzir Mohd Razi serta Setiausaha Kerja Bahagian dan Cawangan PERKIM Kebangsaan, Zulkefli Arifin.

Tan Sri Setiausaha Agung Kehormat dalam sesi tersebut menerangkan kepada ahli mengenai peranan dan tugasan dalam menghayati empat tujuan penubuhan PERKIM iaitu dakwah, kebajikan, pendidikan dan kerjasama.

Beliau menyarankan agar ahli PERKIM mengikut segala perkara yang telah termaktub berlandaskan Perlembagaan PERKIM.

Norazlan Shah Abdul Ghafor selaku Ahli Panel Perundangan PERKIM merangkap Peguam di Tetuan Tengku Azlina, Azlan Shah dan Azman turut menyampaikan taklimat dan penerangan Perlembagaan PERKIM.

Dato’ Haji Abdul Khalid turut menyampaikan cenderahati buah tangan kepada Dr Yusof Noor, Norazlan Shah dan Zulkefli Arifin di akhir majlis.

Related Articles

Back to top button