Tun Mahathir Pengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bil.3/61
oleh: SRZ
KUALA LUMPUR, 11 JUN 2023 – Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan PERKIM Bilangan 3/61 bertempat di Grand Petra 1, UTMKL Residensi, Jalan Maktab pagi tadi.
Seramai 52 orang hadir terdiri daripada Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM di mesyuarat tersebut.
Sebanyak 12 agenda dibentangkan di mesyuarat tersebut antaranya membentang dan meluluskan Minit Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bilangan 2/61 pada 10 Mac 2023 di Kuala Lumpur; membentang Kertas Laporan Perkara-perkara Berbangkit serta membentang Penyata dan Laporan Kewangan Semasa Bagi Tempoh Sehingga 30 April 2023.
Selain itu mesyuarat turut membentang Laporan Tahunan 2022; membentang Akaun-akaun PERKIM Kebangsaan yang Telah Diaudit Berakhir pada 31 Disember 2022 serta membentang dan meluluskan Anggaran Belanjawan PERKIM Kebangsaan Bagi Tahun 2024.
Agenda seterusnya ialah meluluskan usul untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-62 serta membentang kertas cadangan untuk memberi kebenaran kepada Majlis Belia Pusat menghantar perwakilan sebagai pemerhati di Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-62.
Mesyuarat turut membentang kertas makluman tentang Penyusutan Pendapatan Sewa Bangunan PERKIM bagi Tahun 2024 serta hal-hal lain.
Turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua PERKIM, YABhg Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abd. Halim; Naib Yang Dipertua PERKIM, YB Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim, YBhg Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, YBhg Tuan Haji Muhammad Fitri Abdullah dan YBhg Prof Dr Ramle Abdullah; Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor serta Bendahari Kehormat PERKIM, YBhg Dato’ Haji Abdul Hanif Harun.
Hadir sama Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM, YBhg Dato’ Sri Hajah Rohani Abdul Karim, YBhg Dr Nur’azah Dato’ Abdul Manaf, YBhg Dr Ann Wan Seng, YBhg Dato’ Haji Hasbullah L. Isa, YBhg Datuk Haji Ali Ab. Majid, YBhg Dato’ Kapt. (B) Haji Mohd Najmuddin Elias, YBhg Tuan Haji Hushim Haji Salleh, YBhg Prof Madya Dr Amin Malik Shah Abdul Majid, YBhg Tuan Haji Mohamad Shaiful Bahri Abdullah, YBhg Dato’ Sri Hasan Arifin, Ybhg Dato’ Haji Khairi Hasan, YBhg Datin Paduka Hajah Norsiah Harun, YBhg Dato’ Haji Mohd Nawawi Ismail, YBhg Dato’ Haji Idris Abdullah, YBhg Datuk Mohamad Nordin Ibrahim serta Tokoh Agama PERKIM, YBhg Dato’ Haji Dusuki Ahmad.
Mesyuarat Majlis Kebangsaan PERKIM Bil.3/61 berlangsung.
Tun Mahathir mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan PERKIM Bil.3/61
Sebanyak 12 agenda dibentang di dalam mesyuarat dipengerusikan oleh Tun Mahathir.
Dr Nur’azah menyampaikan pendapat dan pandangan beliau di dalam mesyuarat tersebut.
Seramai 52 Ahli Majlis Kebangsaan menghadiri Mesyuarat Majlis Kebangsaan PERKIM Bil.3/61 bertempat di UTMKL Residensi.
Haji Hushim turut memberi pandangan supaya dapat membendung masalah sosial LGBTQ di yang membimbangkan.
Barisan Kepimpinan Tertinggi PERKIM mencapai kata sepakat di dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan PERKIM.