Aktiviti Dakwah

Tun Mahathir Rasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-62

oleh: SRZ

KUALA LUMPUR, 11 JUN 2023 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan telah mengadakan persidangan Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-62 bertempat di Grand Banquet Hall, UTMKL Residensi, Jalan Maktab dekat sini.

Mesyuarat tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu PERKIM Pacu Kemajuan serta bacaan doa dipimpin oleh Penolong Pegawai Dakwah Institut Dakwah Antarabangsa PERKIM Kuala Lumpur (IDIP-KL), Abdul Qawi Navine Abdullah serta majlis diacarakan oleh Pegawai Unit Pembangunan Dakwah dan Operasi, Muhammad Farhan Tee Abdullah.


Yang Dipertua PERKIM, YABhg Tun Dr Mahathir telah menyampaikan ucapan dasarnya di majlis perasmian mesyuarat agung tersebut.

Beliau dalam ucapannya berkata, masalah wang merupakan masalah besar bagi orang Islam kerana rata-rata orang Melayu miskin yang menyebabkan pelbagai masalah.

Ibadah Islam bukan sahaja menumpukan kepada mengucap dua kalimah syahadah, bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan fardu haji sahaja tetapi agama menyuruh kita bersedekah, berinfak dan sebagainya.

Kemiskinan membataskan kita untuk membuat segala yang disuruh oleh agama kita umpamanya mendirikan masjid.

Kita sudah selesa bergantung hanya kepada kerajaan, wal hal peruntukan kerajaan perlu digunakan dalam banyak perkara seperti kesihatan, membangunkan negara, membuat jalan raya, pelabuhan dan lain-lain yang juga penting untuk kehidupan kita.

Mencari wang atau mencari kekayaan adalah kewajipan bagi kita, bukan sahaja untuk mencapai hidup selesa tetapi juga untuk kita menunaikan segala kewajipan ke atas kita oleh agama Islam.

Kata Tun Mahathir, kita perlu mengubah cara kita dengan menyertai bidang ekonomi dan perniagaan kerana bidang tersebut dilihat menghasilkan pendapatan yang cukup untuk mereka hidup selesa sekali gus dapat membantu segala kegiatan yang diwajibkan ke atas kita seperti menderma, mengeluarkan bayaran untuk pelbagai kegiatan.

Ini menunjukkan bahawa orang Islam bertanggungjawab terhadap kemajuan dan perkembangan agama Islam.

“Kalau tidak berniaga, tidak mungkin kita dapat mengumpulkan wang yang banyak,” ujar beliau.

“Kita perlu masuk ke dalam bidang perniagaan dan perusahaan.“Sedangkan agama Islam memberi panduan yang banyak terhadap cara hidup Islam bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat.

“Hari ini kita lihat di seluruh dunia, orang Islam ditekan dan di Malaysia ini kita dapati orang Islam selalunya menghadapi masalah kewangan.

“Kita perlu belajar berkenaan dengan perniagaan dengan mengambil bahagian dalam peniagaan dan perusahaan.

“Bukan kita tak mampu, bahkan kebolehan kita ada. Jika tidak boleh melaksanakannya kita perlu mengadakan latihan supaya kita dapat menambah pendapatan kita,” ujar Tun Mahathir.

“Kita dapati orang Islam miskin di negara mereka terpaksa berhijrah ke negara bukan Islam untuk mencari kehidupan yang lebih selesa.

“Saya dapati bahawa kita sebenarnya tidak mengamalkan kebanyakkan daripada apa yang diwajibkan ke atas kita oleh agama Islam.

“Agama Islam menerima Al-Quran sebagai panduan yang utama kerana Al-Quran itu adalah catitan wahyu daripada Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada ummah.

“Sudah tentu itulah ajaran Islam yang utama tetapi kita lebih mirip untuk kita ikut ajaran tertentu yang kadang-kadang ajaran itu seleweng dan bercanggah dengan Islam.

“Saya sarankan bukan hanya membaca Al-Quran dengan berlagu atau menghafaz sahaja, tetapi kita perlu memahami isi kandungan Al-Quran yang memandukan kita cara hidup Islam.

“Oleh itu, kita hendaklah belajar agama Islam dalam bahasa yang kita fahami,” tambahnya.

Menurut Tun Mahathir, jika kita sekadar menghafaz sahaja tetapi tidak memahami isi kandungan tersebut maka kita tidak akan mendapat panduan.

“Saya ingin syorkan bahawa selain daripada melakukan ibadah tertentu, kita juga perlu mencapai kejayaan,” kata beliau.

Tun Mahathir turut mengulas, sebenarnya banyak nikmat rezeki kita di Malaysia kerana negara kita merupakan negara yang bertuah di mana pada ketika perubahan iklim ini tidak banyak berlaku bencana di negara kita.

Sebaliknya kita tahu negara-negara lain menghadapi banyak malapetaka seperti ribut taufan, gempa bumi yang berlaku di Syria dan Turkiye, banjir besar, hutan terbakar, gunung berapi dan lain-lain.

Semua ini adalah malapetaka yang menimpa di negara luar, tetapi kita di Malaysia terselamat daripada perubahan iklim tersebut dan kita pula tidak bersyukur dengan nikmat yang ada di bumi Malaysia.

Kita dapati rakyat di negara kita lebih sihat berbanding di banyak negara lain di mana kita mempunyai tenaga dan akal fikiran untuk memperbaiki kehidupan kita supaya tidak menjadi miskin atau kaum yang meminta-minta.

Kita tidak menggunakan peluang yang ada pada kita di mana kita dikurniakan nikmat tanah yang subur kerana ada negara yang tanahnya kering hingga merekah bahkan tidak boleh bercucuk tanam.

Katanya lagi, kita dapati anak kita tidak didik seperti zaman dahulu. Anak-anak zaman sekarang tidak dididik oleh ibu bapa untuk mengenal apa yang baik dan tidak baik serta halal dan haram.

Kesibukan ibu bapa yang bekerja sehingga tidak ada masa untuk mengajar anak-anak bahkan pihak kerajaan tidak memberikan pelajaran secukupnya tentang budi pekerti, nilai hidup di dalam sistem pelajaran.

“Jadi anak kita membesar dengan nilai hidup bukan daripada ibu bapa atau sistem pelajaran tetapi daripada kawan-kawan mereka sehinggakan ada yang jadi mat rempit dan terbabit dengan dadah.

“Hinggakan ada penagih yang membunuh ibu sendiri kerana tidak mendapat bekalan dadah.

“Mencegah penyalahgunaan dadah merupakan satu kewajipan bagi kita orang Islam untuk melaksanakannya,” kata Tun Mahathir di akhir ucapan.

Tun Yang Dipertua turut berkesempatan menyampaikan Penghargaan Khas Tokoh Veteran PERKIM kepada Pengerusi Tetap PERKIM, YBhg Dato’ Dr Haji Abu Bakar Shaari.


Sebelum itu, Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor telah menyampaikan ucapan aluannya.

Beliau memaklumkan kehadiran ahli mesyuarat di kalangan Ahli Majlis Kebangsaan adalah seramai 52 orang manakala perwakilan seramai 112 orang dan pemerhati adalah seramai 55 orang.

Dr Yusof Noor turut mengalu-alukan kehadirdan Ahli Majlis Belia PERKIM yang buat pertama kalinya menghadiri persidangan mesyuarat sebagai pemerhati.

Beliau juga mengalu-alukan kehadiran Badan Gabungan PERKIM seperti Persatuan Islam Seluruh Sabah (USIA), Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Harakah Islamiah Malaysia (HIKMAH) ke mesyuarat agung.

Menurut Dr Yusof Noor, dalam beberapa tahun ini PERKIM Kebangsaan telah menumpukan kepada beberapa perkara berikut mengemaskinikan segala urusan yang berkaitan pengajian dan bimbingan saudara baru menerusi Kelas Pengajian Islam PERKIM Kebangsaan (KPIPK) dan kursus-kursus di Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) Pengkalan Chepa, Kelantan dan kursus-kursus perkaderan di IDIP-KL.

Selain itu, tumpuan juga diberikan bagi menyediakan bahan-bahan pengajaran yang lebih teratur kepada saudara baru mengikut keperluan; menumpukan perhatian kepada bimbingan kader muda dakwah dari kalangan generasi baharu khususnya dari kalangan mahasiswa universiti serta penyediaan bahan-bahan bacaan yang mudah dalam pelbagai bahasa mengenai Islam yang disasarkan kepada masyarakat awam terutamanya kepada pelancong ke Malaysia.

Katanya, jumlah pamplet yang telah dicetak dalam pelbagai bahasa berjumlah lebih daripada satu juta keping yang telah diedarkan di kawasan yang kita pilih terutamanya di tempat yang menjadi tumpuan pelancong dari luar negara.

Tumpuan juga diberikan dalam memperkemaskan semula urusan berkaitan badan-badan gabungan dan mengatur strategi baharu kegiatannya yang dijalankan oleh badan terbabit selain menumpukan perhatian kepada usaha memacu dan menambah aset untuk mengelak daripada kebergantungan yang keterlaluan kepada kerajaan.

Dr Yusof Noor berkata PERKIM akan berusaha mengembangkan dan memperkukuhkan Tadika PERKIM yang sedia ada pada masa ini.

Kini hanya terdapat di Pulau Pinang, Perak dan Terengganu.

Persidangan mesyuarat telah berlangsung dan membincangkan beberapa agenda antaranya ialah, meluluskan Minit Mesyuarat Agung PERKIM Kebangsaan Kali Ke-61; menerima Laporan Tahunan 2022 bagi PERKIM Kebangsaan, PERKIM Bahagian-bahagian dan Wanita PERKIM Kebangsaan; meluluskan Akaun Kewangan PERKIM Kebangsaan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022; meluluskan Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Bagi Tahun 2024 serta membincangkan dan meluluskan usul.

Selain itu, para perwakilan dari setiap negeri turut menyampaikan ucapan penangguhan manakala Tun Yang Dipertua membuat ucapan penggulungan di akhir mesyuarat.

Turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua PERKIM, YABhg Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abd. Halim; Naib Yang Dipertua PERKIM, YB Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim, YBhg Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, YBhg Tuan Haji Muhammad Fitri Abdullah dan YBhg Prof Dr Ramle Abdullah; Ketua Wanita PERKIM, YTM Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj; Pengerusi Tetap, YBhg Dato’ Dr Haji Abu Bakar Shaari; Timbalan Pengerusi Tetap, YBhg Tuan Haji Abd. Ghafar Mamat serta Bendahari Kehormat PERKIM, YBhg Dato’ Haji Abdul Hanif Harun.

Hadir sama Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM, YBhg Dato’ Sri Hajah Rohani Abdul Karim, YBhg Dr Nur’azah Dato’ Abdul Manaf, YBhg Dr Ann Wan Seng, YBhg Dato’ Haji Hasbullah L. Isa, YBhg Datuk Haji Ali Ab. Majid, YBhg Dato’ Kapt. (B) Haji Mohd Najmuddin Elias, YBhg Tuan Haji Hushim Haji Salleh, YBhg Prof Madya Dr Amin Malik Shah Abdul Majid, YBhg Tuan Haji Mohamad Shaiful Bahri Abdullah, YBhg Dato’ Sri Hasan Arifin, YBhg Dato’ Haji Khairi Hasan, YBhg Datin Paduka Hajah Norsiah Harun, YBhg Dato’ Haji Mohd Nawawi Ismail, YBhg Dato’ Haji Idris Abdullah, YBhg Datuk Mohamad Nordin Ibrahim; Tokoh Agama PERKIM, YBhg Dato’ Haji Dusuki Ahmad serta Setiausaha Kerja PERKIM Kebangsaan, Zulkefli Arifin.


Tun Mahathir menghulurkan tangan untuk bersalaman bersama Perwakilan PERKIM Bahagian Negeri Kelantan setibanya di persidangan mesyuarat.


Kepimpinan Tertinggi PERKIM berdiri sambil menyanyikan lagu Negaraku dan PERKIM Pacu Kemajuan.


Dr Yusof Noor menyampaikan ucapan aluannya di mesyuarat tersebut.


Dr Yusof Noor memaklumkan kehadiran ahli mesyuarat di kalangan Ahli Majlis Kebangsaan adalah seramai 52 orang manakala perwakilan adalah seramai 112 orang dan pemerhati adalah seramai 55 orang.


Para Perwakilan PERKIM Bahagian Negeri Selangor mendengar ucapan yang disampaikan.


Perwakilan PERKIM Bahagian Negeri Melaka hadir mendengar ucapan aluan Setiausaha Agung Kehormat.


Tun Mahathir menyampaikan ucapan dasar dan membuat perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-62.


Tun Mahathir menyeru supaya ahli PERKIM mencari kekayaan bukan sahaja untuk mencapai hidup selesa bahkan menunaikan segala kewajipan ke atas kita oleh agama Islam.


Perwakilan PERKIM Bahagian Negeri Melaka mendengar amanat yang disampaikan.


Tekun..Perwakilan PERKIM Pahang mendengar ucapan dasar Tun Yang Dipertua PERKIM.


Perwakilan mendengar sambil mencatit ucapan yang disampaikan oleh Tun Mahathir.


Perwakilan PERKIM Bahagian Negeri Kelantan hadir.


Dato’ Abdul Hanif membentangkan laporan kewangan PERKIM di persidangan mesyuarat tersebut.


Perwakilan PERKIM Bahagian Negeri Johor menyemak dan mencatit pada buku laporan mesyuarat.


Perwakilan daripada PERKIM Bahagian Negeri Sarawak turut menyemak buku laporan mesyuarat.


Perwakilan Wanita PERKIM Kebangsaan hadir mesyuarat bagi melaksanakan tanggungjawab.


Dr Yusof Noor membentangkan laporan kepada sidang mesyuarat.


10 perwakilan Bahagian Negeri Sembilan mengambil bahagian di dalam mesyuarat agung ke-62.


Perwakilan PERKIM Bahagian Negeri Perak merujuk buku laporan ketika pembentangan disampaikan oleh Tan Sri Setiausaha Agung Kehormat.


Perwakilan dari PERKIM Bahagian Negeri Pulau Pinang menyatakan sokongan dengan menghadiri persidangan mesyuarat agung.


Antara perwakilan PERKIM Bahagian Negeri Perlis yang hadir.


Perwakilan PERKIM Bahagian Negeri Terengganu mengukirkan senyuman pada lensa kamera PERKIM Kebangsaan.


Antara pemerhati yang hadir di persidangan mesyuarat.


Tun Mahathir menyampaikan Penghargaan Khas Tokoh Veteran PERKIM kepada Pengerusi Tetap PERKIM, YBhg Dato’ Dr Haji Abu Bakar Shaari sambil disaksikan oleh Dr Yusof Noor.


Tuan Haji Abdul Rahim Abdullah mewakili PERKIM Perlis menyampaikan ucapan penangguhan di persidangan mesyuarat.


YBhg Dato’ Haji Mohd Jafri Abd. Razak mewakili PERKIM Bahagian Negeri Terengganu melakukan ucapan penangguhan.


Puan Hajah Sabariah Jamil Ahmad mewakili PERKIM Melaka menyampaikan ucapan penangguhan.


Ahli Jawatankuasa PERKIM Bahagian Negeri Pahang, Ustaz Roslan Abdul Rahman menyampaikan ucapan penangguhan.


Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud selaku Naib Pengerusi PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan menyampaikan ucapan penangguhannya.


Tuan Haji Ropein Hasan mewakili PERKIM Bahagian Negeri Kelantan menyampaikan ucapan penangguhan.


PERKIM Bahagian Negeri Perak diwakili oleh Ustaz Khairul Ashraf Zulkefli menyampaikan ucapan penangguhan.


YBhg Datuk Hajah Hazizah Mohd Sultan mewakili Wanita PERKIM Kebangsaan menyampaikan ucapan penangguhan.


Ucapan penangguhan bagi giliran Negeri Johor telah disampaikan oleh Tuan Haji Zulkifli Shahrom.


Puan Hajah Nooraini Haji Abang Zawawi selaku Bendahari PERKIM Bahagian Negeri Sarawak menyampaikan ucapan penangguhan.


Ustaz Khairudin Abdullah selaku Pengerusi PERKIM Cawangan Jempol mewakili PERKIM Negeri Sembilan menyampaikan ucapan penangguhan.


Naib Pengerusi 1 PERKIM Bahagian Negeri Kedah, Ahmad Puat Abdul Hamid menyampaikan ucapan penangguhan.


Perwakilan PERKIM Bahagian Negeri Pulau Pinang, Ismail Kassim turut menyampaikan ucapan penangguhan.


Tuan Haji Bahari Tajuddin membuat ucapan penangguhan mewakili PERKIM Bahagian Negeri Selangor.


Tun Mahathir membuat ucapan penggulungan dengan menjawab persoalan yang diajukan oleh para perwakilan ketika menyampaikan ucapan penangguhan.


Kepimpinan Tertinggi PERKIM menikmati makanan tengah hari bersama Tun Yang Dipertua.

Related Articles

Back to top button