Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

Skuad Sukarelawan PERKIM Terengganu Jayakan Misi Bantuan Banjir Hulu Dungun

HULU DUNGUN, 31 JANUARI 2024 – Banjir besar yang berlaku beberapa hari lalu menyebabkan tiga buah rumah hanyut, masjid, balai raya, sekolah terjejas di Kampung Shukor dekat sini.

Prihatin dengan keadaan itu, Skuad Sahabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Terengganu telah menjayakan Misi Bantuan Banjir di Daerah Dungun di Sekolah Kebangsaan Kampung Shukor untuk membersihkan kawasan, bilik darjah dan peralatan sekolah yang dipenuhi lumpur yang tebal.

Banjir terbesar dalam tempoh lebih 50 tahun itu menyebabkan penduduk di Kampung Shukor dan beberapa kampung sekitar mengalami kemusnahan teruk termasuk beberapa rumah ranap dihanyut kepala air selain rosak.

Kerja-kerja pembersihan perlu segera dilakukan untuk mengelakkan kelengkapan, peralatan sekolah seperti meja, kerusi rosak teruk dan tidak sesuai digunakan lagi kerana ianya telah ditenggelami banjir yang diselaputi lumpur.

Seramai 15 Sukarelawan PERKIM yang diketuai Naib Yang Dipertua PERKIM merangkap Pengerusi PERKIM Terengganu, YBhg Prof Dr Ramle Abdullah telah menyertai misi kebajikan ini.

Menurut Dr Ramle, kejadian itu disifatkan bencana terburuk pernah dilalui mereka dalam tempoh 60 tahun di kampung berkenaan.

Kerja-kerja pembersihan lumpur di kawasan sekolah penduduk masih giat dilakukan dengan bantuan pelbagai pihak termasuk pihak sekolah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Dungun, Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Dr Ramle merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar SK Kampung Shukor, Cikgu Esham Busu; Penghulu Mukim merangkap Setiausaha PERKIM Cawangan Dungun, Ustaz Afif Ismail; Pengerusi Tetap PERKIM Bahagian Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hussain; wakil PERKIM Cawangan Kuala Brang, Ustaz Haji Samsuddin Drahman, PERKIM Cawangan Marang, Majlis Belia PERKIM Terengganu, Tuan Haji Ismail Chik, semua sukarelawan dan staf yang terlibat.


Team Sahabat PERKIM Terengganu bertungkus lumus membersihkan peralatan sekolah dengan menggunakan paip bomba.


Lantai sekolah yang diselaputi lumpur dibersihkan oleh sukarelawan PERKIM.


Kerusi dan meja sekolah dibersihkan daripada selaputi lumpur.


Dr Ramle (kanan) menyertai pembersihan kawasan dan peralatan sekolah.


Kerusi dibersihkan dengan pancutan tekanan yang kuat menggunakan paip bomba oleh sukarelawan PERKIM.


Sukarelawan PERKIM membersihkan kawasan dan peralatan sekolah disebabkan terkena banjir lumpur.


Sukarelawan PERKIM menunjukkan kawasan perlu dibersihkan yang dipenuhi sampah sarap diselaputi lumpur.


Kakitangan PERKIM menghulurkan kerusi untuk dibersihkan.


Bilik darjah dan peralatan sekolah yang telah dibersihkan oleh sukarelawan PERKIM.


Meja yang telah dibersihkan disusun ke dalam sebuah bilik darjah.


Setelah misi selesai, Skuad Sahabat PERKIM Terengganu bersama Sukarelawan PERKIM Terengganu bergambar kenang-kenangan.

Related Articles

Back to top button