Skuad Cakna PERKIM Terengganu Ziarah Balu Mualaf Punjabi
KUALA TERENGGANU, 25 JANUARI 2023 – Skuad Ziarah Cakna Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Terengganu berkesempatan menziarahi Kak Dah yang merupakan balu kepada saudara kita berketurunan Punjabi, Allahyarham Azman Mihandar Abdullah.
Allahyarham Azman telah meninggal dunia 15 Januari 2023 lalu di rumahnya, Flat Kuala Ibai akibat menghidap kanser paru-paru serta pendarahan dalam perut.
Sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, arwah telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah selama dua minggu.
Kunjungan ziarah itu diketuai oleh Pegawai Eksekutif PERKIM Bahagian Negeri Terengganu, YBhg Tuan Haji Subri Jaafar bersama tiga ahli skuadnya iaitu Rosnaliza Ahmadiah, Aishah Abd. Wahab dan Nur Fadhilah Alias.
Menurut Haji Subri, Allahyarham Azman merupakan pelajar Kelas Bimbingan Saudara Kita di Kompleks Darul Hidayah telah meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang telah dewasa.
Jenazah Azman telah disempurnakan di Tanah Perkuburan Masjid Ladang, Kuala Terengganu.
Haji Subri bersama-sama skuad mendoakan keluarga Allahyarham semoga terus tabah dan sabar di atas ujian yang berlaku.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.
Haji Subri (kanan) mengetuai rombongan ziarah ke rumah balu Allahyarham Azman Mihandra.
Rosnaliza (kanan) bersama-sama rakan skuad menyampaikan sumbangan bantuan wang tunai kepada Kak Dah, balu kepada Allahyarham Azman Mihandra.