Salam Maulidur Rasul SAW

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT kita dipertemukan sekali lagi dengan detik penuh bersejarah dalam kalendar Islam iaitu 12 Rabiul Awal, hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW .
Bagi pihak PERKIM, saya mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1447H kepada seluruh umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia.
Sambutan ini bukan sekadar memperingati kelahiran Baginda SAW tetapi lebih utama untuk kita memperbaharui tekad dalam menghayati ajaran, sunnah serta akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.
Rasulullah SAW diutus sebagai rahmat bagi sekalian alam, membawa mesej kasih sayang, keadilan dan kesejahteraan.
Justeru, marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda, meneladani keperibadian Baginda yang luhur, serta mengukuhkan persaudaraan sesama umat.
Semoga Maulidur Rasul kali ini menjadi titik tolak untuk memperkukuh iman, meningkatkan amal serta menyemai kasih sayang dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia yang kita cintai.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
Sekian, wassalam.
𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐃𝐫. 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐌𝐚𝐫𝐳𝐮𝐤𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐎𝐦𝐚𝐫
𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐀𝐠𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌



