Aktiviti Dakwah

Ramah Mesra Tan Sri SUA Bersama Mualaf Sempena Bulan Kelahiran Nabi SAW

oleh: SRZ

KUALA LUMPUR – Seramai lebih 100 pelajar mualaf Kelas Pengajian Islam Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan (KPIPK) telah dipertemukan dengan Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor bertempat di Kelas Ukhuwah, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah petang tadi.

Saudara baharu yang memeluk Islam satu hingga 10 tahun itu terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Cina, India, Kadazan, Bidayuh, Dusun, Murut, Iban, Sikh serta warga dari negara Filipina, Thailand, Indonesia dan Myanmar.

Program ramah mesra bersama kepimpinan PERKIM itu bagi mengeratkan silaturahim dan ukhuwah sesama Islam lebih-lebih lagi dalam menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW di bulan Rabiul Awal.

Dr Yusof Noor dalam pertemuan itu berkata, di awal saudara baharu menjadi Muslim, mereka akan melafazkan dua kalimah syahadah iaitu “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.”

Tambah beliau, jika kita tidak diberi hidayah daripada Allah SWT, kita tidak masuk Islam.

Jelasnya, ada orang yang senang memeluk Islam seperti raja atau menteri atau sebagainya. Mereka memeluk Islam kerana hidayah daripada Allah SWT seperti saudara sekalian.

Beliau turut bertanyakan kepada para pelajar siapakah Nabi terakhir dan mereka menjawab Nabi Muhammad SAW.

Ujarnya Nabi Muhammad SAW juga lahir di dalam keturunan yang mulia dan kaya serta mempunyai unta dan harta benda yang banyak.

Isteri Baginda juga merupakan seorang bangsawan dan memeluk Islam kerana hidayah Allah SWT.

Dr Yusof Noor turut menyangkal berkenaan persepsi mereka yang menyangka bahawa memeluk Islam itu akan menjadi susah.

Tambahnya, memeluk Islam merupakan sesuatu perkara yang mahal kerana hidayah daripada Allah SWT dan beliau mengajak saudara baharu bersyukur kerana telah menjadi umat Islam yang disayangi oleh Nabi Muhammad SAW.

Pelajar mualaf di KPIPK mempelajari mata pelajaran Aqidah, Feqah, Solat, Iqra’, al-Quran, Akhlak, Sirah, Fardu Ain, Tarannum, Tajwid, Tahsin, Qiraat dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Thai dan Tagalog mengikut tahap asas, pertengahan dan lanjutan.


Tan Sri SUA bertemu dan beramah mesra bersama pelajar KPIPK.


Ujar beliau, jika kita tidak diberi hidayah daripada Allah SWT, kita tidak masuk Islam.


Saudara baharu mengangkat tangan ketika ditanya berkenaan Nabi Muhammad SAW.


Antara pelajar KPIPK di kalangan mualaf pelbagai bangsa memeluk Islam dari satu hingga 10 tahun.


Dr Yusof Noor memberitahu bahawa mualaf merupakan insan yang telah dipilih oleh Allah SWT untuk diberi hidayah.


Saudara baharu yang juga merupakan pelajar KPIPK terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Cina, India, Kadazan, Bidayuh, Dusun, Murut, Iban, Sikh serta warga dari negara Filipina, Thailand, Indonesia dan Myanmar.


Dr Yusof Noor turut menyangkal berkenaan persepsi mereka yang menyangka bahawa memeluk Islam itu akan menjadi susah.


Dr Yusof Noor berkata, di antara perkara yang mahal ialah mendapat hidayah daripada Allah SWT.

Related Articles

Back to top button