Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

PERKIM Terengganu Ziarah Mualaf Warga Emas

KUALA TERENGGANU, 15 JANUARI 2024 – Skuad Ziarah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Terengganu meneruskan lagi aktiviti kebajikannya dengan menziarahi mualaf warga emas di Kampung Losong dekat sini.

Sheena Patricia, 75, merupakan warganegara Filipina merupakan seorang yang berpendidikan tinggi di mana beliau melanjutkan pengajiannya dalam bidang perubatan di United Kingdom beberapa tahun dan bertemu jodoh dengan berkahwin dengan suaminya yang merupakan orang Malaysia.

Sheena sempat menjamu ahli rombongan dengan kuih muih dan air ketika ziarah.

Menurut Sheena, suaminya telah meninggal dunia beberapa tahun lalu dan kini beliau tinggal bersama anak angkatnya.

Walaupun telah berusia, ia tidak mematahkan semangat beliau untuk terus menghadirkan diri mendalami ilmu agama di Kelas Bimbingan Saudara Kita anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Kini, Sheena masih aktif dan mampu untuk memandu untuk menyertai pelbagai program agama yang diadakan.

Di akhir ziarah, Penolong Pegawai PERKIM Bahagian Negeri Terengganu, Rosnaliza Ahmadiah, Nur Fadhilah Alias dan Aishah Abd Wahab menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada Sheena.

Skuad ziarah mendoakan Sheena diberi kesihatan yang berpanjangan dan didalam rahmat Allah selalu.

Turut hadir, Pegawai Eksekutif PERKIM Bahagian Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohd Subri Jaafar dan pelajar latihan industri, Nur Atiqah Omar.


Skuad Ziarah PERKIM Terengganu menziarahi Sheena Patricia, 75, di rumahnya di Kampung Losong.


Rombongan ziarah dijamu oleh Sheena dengan kuih muih dan air sambil berkongsi kisahnya.


Rosnaliza, Nur Fadhilah dan Nur Atiqah Omar menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada Sheena (kiri).

Related Articles

Back to top button