PERKIM Terengganu Ziarah Mualaf di Hulu Terengganu
Tanda keprihatinan skuad ziarah PERKIM Terengganu diteruskan lagi dengan menziarahi saudara kita di Kampung Nibung, Hulu Terengganu.
Kami berkesempatan menziarahi saudara kita, Abdul Razak Abdullah @ Sit Kim Inn. Beliau dikenali dengan panggilan Pak Jak di kalangan masyarakat kampung dan juga sahabat-sahabat saudara kita.
Kini, Pak Jak tidak bekerja dan hanya bekerja sampingan berkebun di kawasan rumahnya sahaja.
Tibanya kami di rumahnya, kami disambut oleh beliau bersama isteri dan cucunya. Beliau juga turut menjamu kami untuk makan buah durian dan rambutan hasil daripada kebun di halaman rumahnya.
Sebagai tanda keprihatinan, kami telah menyumbangkan pek beras dan daging qurban sejuk beku kepada beliau.
Terima kasih menerima kunjungan kami. Didoakan semoga Pok Jak sekeluarga dilimpahkan rezeki dan dilancarkan segala urusan.