Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

PERKIM Terengganu Ringankan Beban Mangsa Banjir Saudara Baru

KUALA TERENGGANU, 25 DISEMBER 2022 – Dalam menjalankan misi prihatin pasca banjir, Skuad Sukarelawan PERKIM Terengganu sempat mengagihkan bantuan kepada beberapa rumah saudara baru yang terjejas banjir.

Bantuan yang diagihkan kepada mangsa banjir merupakan pek makanan bagi meringankan beban dan menceriakan mereka. Bantuan telah diagihkan oleh Pengerusi Majlis Belia PERKIM Terengganu, Ustaz Zaid Hussain.

Turut hadir ialah Urus Setia PERKIM Terengganu, Rosnaliza Ahmadiah, Aishah Abd Wahab, Nur Fadhilah dan Muhammad Amer Imran Azman.

Bantuan disalurkan dari semasa ke semasa. Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu mangsa banjir untuk menjalani kehidupan lebih baik.

Semoga Allah SWT menggantikan musibah dengan sesuatu yang lebih baik.

Tabung kebajikan Mangsa Banjir PERKIM Terengganu masih dibuka untuk orang ramai dan boleh disalurkan ke dalam akaun bank PERKIM NEGERI TERENGGANU:

Maybank : 563019271828

Hulurkan sumbangan sekadar yang mampu, Jika tidak mampu, sebar dan hebahkanlah sebarang inisiatif bantuan dan sumbangan seperti ini bagi membantu mangsa-mangsa banjir.


Rosnaliza (kanan) menyampaikan sumbangan kepada saudara kita yang terlibat dengan banjir.


Nur Fadhilah menyerahkan sumbangan bantuan kepada saudara kita yang terkesan dengan banjir.


Mualaf yang terjejas akibat banjir menerima bantuan daripada Skuad Sukarelawan PERKIM Terengganu.


Saudara kita menerima sumbangan bantuan daripada Skuad Sukarelawan PERKIM Terengganu.

Related Articles

Back to top button