Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

PERKIM Terengganu Promosikan Gerai Kuih Mualaf

Baru-baru ini, Skuad Ziarah PERKIM Terengganu telah berkunjung ke gerai kuih seorang mualaf, Saudara Firdaus Tan Abdullah yang terletak di hadapan Pejabat Bomba Hulu Terengganu pada 30 Ogos 2023 lalu.


Beliau berasal dari Sabah dan telah berumahtangga. Beliau dan keluarga menetap di Kuala Berang, Terengganu.

Bagi mencari rezeki, beliau membantu ibu mertuanya menjual kuih-muih termasuk pisang goreng yang diberi nama “Gerai Kuih-Muih Che Nah”.

Di gerainya, terdapat pelbagai aneka kuih muih dan juadah minum petang termasuk keropok lekor, bubur, air kelapa dan lain-lain lagi.

Sebagai tanda ingatan kami sempat menghulurkan sedikit barangan makanan dan daging korban sejuk beku kepada beliau.

Saudara Firdaus mempunyai kemahiran dalam bidang komputer dan pernah bekerja sebagai juruteknik komputer.

Beliau masih menunggu rezeki untuk mendapat pekerjaan tetap yang lebih sesuai dengan kemahiran beliau.

Marilah kita menyokong usaha niaga ini dan membantu mereka mencari rezeki yang halal lagi diberkatiNya. Moga perniagaan Saudara Firdaus bertambah maju serta dilimpahkan rezeki seluas-luasnya.

Related Articles

Back to top button