PERKIM Selangor Sertai Konvensyen Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar 2023
JOHOR BAHRU, 10 OKTOBER 2023 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Selangor telah menyertai Konvensyen Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2023 yang diadakan bertempat di Pusat Konvensyen Persada Johor pada 10 hingga 12 Oktober 2023 lalu.
PERKIM Bahagian Negeri Selangor telah menghantar seramai 19 orang peserta terdiri daripada saudara baharu selama tiga hari dua malam anjuran Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.
PERKIM Bahagian Negeri Selangor telah terlibat menjalankan kursus PEKB semenjak 2020 lagi.
Turut bersama ialah Ahli Jawatankuasa PERKIM Bahagian Negeri Selangor, YBhg Dato’ Hajah Nurzarina Haji Sepran.
Peserta juga diberikan ruang membuka gerai dan mendapat maklum balas yang sangat baik.
Sama-sama kita doakan agar lebih ramai usahawan dan ahli dapat dibantu, Insya-Allah.