Aktiviti Kebajikan

PERKIM Edar 300 Kurma Kepada Orang Ramai


Foto: UMI MUSFIRAH ABDUL GHANI

KUALA LUMPUR, 25 APRIL 2021 – Sebanyak 300 kotak kurma telah diedarkan di hadapan Pasar raya Sogo Malaysia, Jalan Tunku Abdul Rahman dekat sini bersempena Program Pengagihan Kurma Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan di bulan Ramadan yang penuh mulia.

Urus setia yang terlibat ialah Ustaz Muhammad Farhan Tee Abdullah, Ustazah Siti Fatimah Ladda Abdullah, Jamilatun Noor Hashim @ Hamid, Umi Musfirah Abdul Ghani dan sukarelawan Mohd Iqbal.

Dengan cogan kata ‘Mensyukuri Nikmat Allah SWT’, PERKIM mengedarkan kepada orang ramai di sini yang majoritinya terdiri daripada kalangan B40 serta pelbagai bangsa dan agama.

Ia bersandarkan dengan hadis baginda Nabi SAW yang bermaksud: Dari ‘Adi bin Hatim RA kata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang sanggup mendinding dirinya dari api neraka. Walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma, maka hendaklah dia lakukan (segera).

Dengan hanya sebelah buah kurma pun Nabi SAW menggalakkan kita untuk bersedekah maknanya tidak ada sebab untuk kita tidak bersedekah walaupun berkemungkinan kita adalah orang yang memberi atau menerima sedekah.

Selain daripada itu, program ini dapat memperkenalkan lagi PERKIM di kalangan masyarakat yang masih tidak mengenali PERKIM sekali gus mendekatkan lagi PERKIM dengan mereka dengan pemberian kurma tersebut.

Related Articles

Back to top button