Aktiviti KebajikanVideo

Gotong-Royong Memasak dan Mengedar Bubur Lambuk PERKIM Kebangsaan

[youtube url=”https://www.youtube.com/watch?v=IpVzmhTzGDA” width=”700″ height=”376″]

VIDEO/FOTO  : FLT, AHMAD HASAIDI SAID, UMI MUSFIRAH ABDUL GHANI

KUALA LUMPUR, 23 APRIL 2021 – Seramai lebih 30 pegawai dan kakitangan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan bergotong-royong memasak dan mengedar bubur lambuk di perkarangan Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah dekat sini.

Sebanyak 450 bungkus bubur lambuk telah diedarkan kepada orang ramai yang berada di kawasan sekitar Bangunan PERKIM selepas selesai solat fardu Jumaat.

Sebelum itu, persiapan gotong-royong telah dilakukan sejak petang kelmarin oleh kakitangan PERKIM dengan menyediakan bahan-bahan untuk membuat Bubur Lambuk PERKIM yang istimewa seperti mana resepinya iaitu beras, ikan kembung segar, bawang merah, halia, lada hitam, daun kesom, daun kadok, sayur pucuk paku, daun pucuk ubi, pucuk lada, ikan bilis, daun kunyit, cili api, udang, ketam, dan budu.

Antara kakitangan yang terlibat ialah Muhammad Farhan Tee Abdullah, Muhammad Jais Mariappan Abdullah, Ahmad Hasaidi Said, Mohd Jogi Panjaitan Maruli, Mohd Aizat Rosli, Amran Anbarasu Abdullah, Siti Munirah Sayed Mohd Hamdan, Nur Syahirah Musa, Safiyya Nur Sakeena Sallehuddin, Hamidah Ismail, Fatin Hamizah Ismail, Syahmi Fitri, Mualish Shah Mohd Anuar, Nazli Ismail, Siti Nor Aishawati Mamat, Jamilatun Noor Hashim @ Hamid, Umizah Wanir Mohd Anuar, Suria Abdullah dan Umi Musfirah Abdul Ghani.

Sementara itu, petugas lain turut memasang khemah; menyiang ikan dan udang; memotong bawang dan sayur; membakar ikan, ketam, udang dan menyediakan alat perkakasan memasak serta bekas makanan.

Program ini julung kali diadakan dengan gotong-royong memasak penglibatan antara ke semua pegawai dan kakitangan di perkarangan Bangunan PERKIM di bulan Ramadan di mana sebelum ini Program Ihya’ Ramadan anjuran PERKIM hanya memesan melalui katering sahaja.

Program tersebut bertujuan untuk mendekatkan lagi masyarakat masyarakat sekeliling kawasan dan yang melalui jalan bersebelahan Bangunan PERKIM sekali gus memupuk sifat bersedekah lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang banyak ganjarannya.

Ia bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Tirmidzi: “Barangsiapa memberi makan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa maka baginya pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.”

Gotong-royong memasak dilakukan seawal jam 8.00 pagi dengan penambahan kakitangan yang bertugas di PERKIM Kebangsaan, PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan dan Institut Dakwah Antarabangsa PERKIM Kuala Lumpur (IDIP-KL).

Turut menyertai keesokannya ialah YBhg Dr Suariza @ Hidayah Muhammad, Firdaus Lokman Tah, Sulaiman Ding Yu Zhong, Nur Shazleen R. Samsul Bahari, Muhammad Hizam Abdul Rahim, Abdul Qawi Navine Abdullah, Haji Ishak Othman, Norazlifah Haji Haron, Siti Fatimah Ladda Abdullah, Norlailialpin Suratman, Fatin Akmal Aksah, Noor Aini Jamat, Firdaus Pom Peyo Abdullah.

Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor turut turun padang melihat sendiri semangat kerjasama dan perpaduan di antara pegawai dan kakitangan PERKIM dalam gotong-royong memasak bubur lambuk.

Beliau turut berkesempatan menggaul dua kawah Bubur Lambuk Istimewa PERKIM dan menceduk bubur yang telah dimasak ke dalam beberapa buah bekas sebelum digagihkan kepada orang ramai.

Turut serta dalam pengagihan bubur lambuk selepas solat Jumaat ialah Naib Yang Dipertua PERKIM, YBhg Dato’ Haji Mohd Nakhaie Haji Ahmad; Bendahari Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dato’ Dr Muhammad Rais Abdul Karim; Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Datuk Hj Hasbullah L. Isa; Pengarah Unit Perhubungan Awam Dalam dan Luar Negara PERKIM, YBhg Dato’ Haji Abdul Hanif Harun; Pengarah Unit Aset dan Pembangunan PERKIM, YBhg Dato’ Haji Ahmad Mustafa; Setiausaha Kerja Program dan Pentadbiran, YBhg Tuan Haji Mamat Che Chik dan Setiausaha Kerja PERKIM Bahagian dan Negeri, Encik Zulkefli Arifin.

Related Articles

Back to top button