Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

PERKIM Besut Jayakan Sambutan Maulidur Rasul

BESUT, 22 OKTOBER 2022 – Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Besut berjaya diadakan bertempat di Pusat Ehsan PERKIM Besut, Pantai Air Tawar dekat sini.

Program bersama saudara baru sekitar Daerah Besut ini mendapat sambutan dihadiri seramai 113 orang terdiri daripada saudara baru pelbagai kaum dan bangsa.

Ia merupakan program yang amat menggalakkan hasil inisiatif Pengerusi PERKIM Besut, Ustaz Anuar Hassan.

Program itu telah dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras DUN Kawasan Jertih, YBhg Ustaz Haji Wan Azhar Wan Ahmad dan Pengerusi Biro Agama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Bahagian Besut, Ustaz Haji Wan Mohamad Wan Ahmad.

Hadirin beramai-ramai berdiri untuk membacakan selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

PERKIM Besut telah menyampaikan barangan dapur kepada saudara baru yang terpilih seramai 68 orang sempena majlis tersebut.

Menurut Anuar Hassan, majlis  tersebut berjalan dengan lancar dan teratur dan diharap ia menjadi platform terbaik menghimpunkan saudara baru serta juga pimpinan masyarakat tanpa mengira fahaman politik dan pendirian.

Beliau mengucapkan penghargaan tahniah dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa PERKIM Cawangan Besut yang menjayakan majlis tersebut dan berharap semoga terus maju dan aktif di masa hadapan.

Related Articles

Back to top button