Muszleem Malaysia Agih 83 Kotak Infak Saudara Baru PERKIM Besut
BESUT, 28 JANUARI 2023 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Daerah Besut telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya Kali Ke-25 bertempat di Pusat Ehsan PERKIM Besut, Pantai Peranginan Air Tawar di sini.
Mesyuarat itu telah dirasmikan oleh Pengurus Operasi Pertubuhan Muslim Sejahtera Malaysia (Muszleem Malaysia), Mohd Izzat Mohd Zubir.
Pelbagai agenda dan usul telah dibincangkan sepanjang mesyuarat bersidang.
Sebanyak 83 kotak infak telah disumbangkan kepada saudara baru bagi memeriahkan suasana mesyuarat.
Pengerusi PERKIM Daerah Besut, Ustaz Anuar Hassan mengucapkan setinggi-tingi penghargaan dan terima kasih kepada Muszleem Malaysia kerana hadir bersama dalam menyantuni 83 saudara baru PERKIM Besut yang memerlukan.
Sumbangan tersebut sedikit sebanyak membantu meringankan beban yang dihadapi oleh mereka.
Semoga Allah permudahkan segala perancangan dan gerak kerja dakwah kita semua.
Mualaf yang terdiri daripada kalangan ahli mesyuarat mendaftar diri.
Mesyuarat Agung PERKIM Besut Kali Ke-25.
Ahli-ahli PERKIM Daerah Besut bersama saudara baru.
Pengerusi PERKIM Daerah Besut, Ustaz Anuar Hassan menyampaikan ucapan.
Pengurus Operasi Muszleem Malaysia Mohd Izzat Mohd Zubir merasmikan Mesyuarat Agung PERKIM Besut.
Sesi penyampaian hadiah cabutan nombor bertuah.
Izzat (kanan) mengagihkan kotak infak Muszleem Malaysia kepada salah seorang antara 83 mualaf.
Penyampaian hamper kepada mualaf.
Saudara baru menerima kotak infak daripada petugas Muszleem Malaysia.