Kemaskini Terkini January 22nd, 2021 12:49 PM
Jan 12, 2014 Kelab PERKIM Universiti, Kerjasama, Pendidikan
Majlis Permuafakatan Kelab PERKIM Universiti
MAJLIS PERMUAFAKATAN KELAB PERKIM UNIVERSITI
Pengenalan
– Belia PERKIM adalah gabungan ahli-ahli PERKIM yang berada di IPT, sama ada gabungan itu melalui Kelab PERKIM yang telah ditubuhkan, atau sebagai individu yang menjadi ahli PERKIM
– Status Kelab PERKIM di IPT adalah sebagai persatuan pelajar yang tertakluk kepada Akta Tatatertib Pelajar IPT berkenaan.
– Status Kelab PERKIM di IPT adalah sebagai persatuan pelajar yAhli-ahli PERKIM di IPT yang tidak menubuhkan Kelab PERKIM perlu berfungsi sebagai satu persatuan pelajar di bawah Akta Tatatertib Pelajar IPT berkenaan. Bagi tujuan identiti persatuan ini boleh diberi nama “Muslim Students Outreach”.
Struktur Gabungan
– Gabungan ahli-ahli PERKIM antara IPT adalah dalam bentuk hubungan yang longgar bagi tujuan kerjasama bagi mencapai objektif gabungan.
– Hubungan dengan PERKIM adalah melalui wakil gabungan yang dipilih atau dilantik oleh ahli.
– Gabungan ini tidak mempunyai status rasmi.
Obejktif
– Objektif Belia PERKIM adalah pegangan setiap individu dalam gabungan ini.
– Objektif Belia PERKIM ialah untuk memupuk keharmonian kaum yang berbilang bangsa dan agama di Malaysia, supaya terkikis segala salah faham dan salah sangka bagi perpaduan bangsa Malaysia
– Melakukan kerja-kerja kebajikan yang memartabatkan akhlak dan kerohanian sebagai unsur penting dalam keharmonian kaum.
Perlaksanaan Aktiviti
– Setiap program yang dirancang dan dilaksanakan oleh ahli gabungan mestilah menepati objektif Belia PERKIM
– Setiap aktiviti adalah tertakluk di bawah peraturan Akta Tatatertib Pelajar IPT di bawah kuasa Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT.
– Sekretariat Kelab PERKIM Universiti di ibu pejabat PERKIM Kebangsaan adalah di bawah pengendalian Ustazah Suariza@Hidayah Muhammad ( Ketua Unit Kebajikan & Hal Ehwal Sosial)
Kriteria Penganjuran Aktiviti (A)
– Keharmonian hubungan antara pelajar dari berbilang kaum di IPT melalui pelbagai aktiviti yang dirancang bagi mencapai objektif, seperti aktiviti kebudayaan, perkemahan, ziarah keluarga pelajar dalam kemalangan, study group antara pelajar berbilang kaum, lawatan sambil belajar dan lain-lain program dalam bentuk integrasi sosial.
Kriteria Penganjuran Aktiviti (B)
– Lawatan atau aktiviti kerohanian di penjara, pusat pemulihan akhlak, pusat serenti, hospital dan lain-lain yang diadakan dalam bentuk integrasi sosial antara kaum. Penghuni dalam pusat-pusat ini adalah antara sasaran yang agak mudah bagi memupuk kesedaran konsep perpaduan kaum.
Kriteria Penganjuran Aktiviti (C)
– Menglibatkan diri sebagai sukarela dalam program-program integrasi sosial dengan masyarakat Orang Asli atau perkampungan masyarakat Cina dan perkampungan masyarakat India.
– Dalam program Orang Asli pelajar adalah paling sesuai untuk tujuan risikan dan pengumpulan maklumat dan program-program peringkat perintis integrasi sosial, serta menghubungkan belia kejiranan antara kampung orang Melayu dengan kampung Orang Asli.
Jan 22, 2021 0
Jan 21, 2021 0
Jan 18, 2021 0
Jan 16, 2021 0
May 23, 2014 0
May 07, 2014 0
Mar 28, 2014 0
Feb 23, 2014 0
Mar 26, 2020 0
Mar 17, 2020 0
Jul 25, 2014 0
Jul 07, 2014 0
Nov 28, 2014 0