Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

Majlis Apresiasi Tadika Genius PERKIM Terengganu

KUALA TERENGGANU, 22 FEBRUARI 2024 – Bagi memberi pengiktirafan kepada kanak-kanak yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik dan aktiviti kokurikulum, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Terengganu menghadiri Majlis Apresiasi Tadika Genius PERKIM Sesi 2023/2024 bertempat di PERKIM Training Centre, Ladang Tok Pelam, Jalan Sultan Zainal Abidin dekat sini.

Majlis tersebut dihadiri Pegawai Eksekutif PERKIM Bahagian Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohd Subri Jaafar.

Menurut Haji Subri, majlis yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk meraikan anak-anak Tadika Genius PERKIM serta memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada mereka yang telah menghabiskan sesi pembelajaran sebelum melangkah ke tahap satu pada tahun hadapan.

Katanya, majlis ini merupakan majlis yang dinantikan oleh kanak-kanak, ibu bapa dan guru tadika untuk menerima pengiktirafan anugerah anjuran Tadika Genius PERKIM.

Majlis itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Penolong Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Terengganu, Hajah Robiah Ismail.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan persembahan tarian budaya Melayu oleh anak-anak Tadika Genius PERKIM.

Ia disususli dengan persembahan lakonan ‘Solidariti Palestin’ dan bacaan Doa Qunut Nazilah.

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian hadiah dan penghargaan kepada semua anak-anak Tadika Genius PERKIM sesi 2023/2024.

Di akhir majlis, Haji Subri berkesempatan menyampaikan buah tangan kepada Hajah Robiah Ismail.

Haji Subri merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa, guru dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis itu.

Beliau berharap semoga anak-anak Tadika Genius PERKIM mendapat keberkatan ilmu serta menjadi anak soleh yang berjaya di dunia dan di akhirat.


Anak-anak Tadika Genius PERKIM mempersembahkan Tarian Budaya Melayu.


Majlis Apresiasi Tadika Genius PERKIM Sesi 2023/2024 disempurnakan perasmiannya oleh Penolong Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Terengganu, Hajah Robiah Ismail.


Ibu bapa dan guru mendengar ucapan perasmian disampaikan oleh Hajah Robiah.


Anak-anak melakonkan persembahan ‘Solidariti Palestin’.


Persembahan bacaan Doa Qunut Nazilah disampaikan oleh anak-anak Tadika Genius PERKIM.


Hajah Robiah menyampaikan sijil anugerah kepada anak Tadika Genius PERKIM sesi 2023/2024.


Gembira…raut wajah anak Tadika PERKIM Genius ketika menerima sijil anugerah daripada Hajah Robiah.


Majlis Apresiasi Tadika Genius PERKIM sesi 2023/2024 diadakan di PERKIM Training Centre, Kuala Terengganu.


Haji Subri menyampaikan buah tangan tanda penghargaan dan terima kasih kepada Hajah Robiah.


Hajah Robiah berkesempatan bergambar bersama anak-anak dan guru-guru Tadika Genius PERKIM.


Ibu bapa, guru dan anak-anak Tadika Genius PERKIM Terengganu merakamkan gambar kenang-kenangan di akhir majlis apresiasi.

Related Articles

Back to top button