Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

Kunjungan Hormat Setiausaha Agung Kehormat, Bendahari Kehormat Ke PERKIM Cawangan Langkawi

oleh: ZAATIL HIDAAYAH AHMAD BUSTAMAN


LANGKAWI, 25 JANUARI 2023 – Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Bendahari Kehormat PERKIM, YBhg Dato’ Haji Abdul Hanif Harun telah mengadakan kunjungan hormat dan ramah mesra dengan Ahli Jawatankuasa PERKIM Cawangan Langkawi bertempat di National Sailing Centre, di sini.

Kunjungan itu telah disambut baik oleh Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Kedah merangkap Pengerusi PERKIM Cawangan Langkawi, YBhg. Dato’ Mansor Haji Ismail.

Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dalam ucapannya turut mengambil peluang menyantuni Ahli Jawatankuasa PERKIM Cawangan Langkawi dengan memberi penerangan berkenaan struktur organisasi PERKIM di samping membincangkan hala tuju dakwah, kebajikan dan pendidikan kepada mualaf PERKIM khususnya.

Beliau berharap, hubungan baik yang sedia terjalin antara PERKIM Kebangsaan dan cawangan dapat memberi manfaat dalam usaha penambahbaikan dan keberkesanan tadbir urus PERKIM.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerja Bahagian dan Cawangan PERKIM Kebangsaan, Zulkefli Arifin; Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Kedah, YBhg Tuan Haji Turedy Abdullah; Ahli Jawatankuasa PERKIM Cawangan Langkawi, Mohd Ismail Eh Abdullah, Embon Samecha serta Noor Aziah Shaari.


Kunjungan hormat PERKIM Kebangsaan ke PERKIM Cawangan Langkawi.


Dr Yusof Noor (berbaju perang) selaku Setiausaha Agung Kehormat PERKIM mengadakan kunjungan hormat bersama AJK PERKIM Cawangan Langkawi.


Dato’ Mansor (berkopiah, kiri) mempengerusikan majlis di dalam pertemuan tersebut bagi membincangkan halatuju dakwah PERKIM.


Pimpinan PERKIM Kebangsaan dengan AJK PERKIM Cawangan Langkawi merakamkan kenang-kenangan bersama di akhir pertemuan.

Related Articles

Back to top button