Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

Kunjung Hormat PERKIM Terengganu Kepada Pegawai Daerah Setiu

SETIU, 5 FEBRUARI 2024 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Terengganu telah mengadakan kunjung hormat kepada Pegawai Daerah Setiu, Ahmad Rizal Mamat bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah, Bandar Permaisuri dekat sini.

Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Pengerusi PERKIM Terengganu, Prof Dr Ramle Abdullah bersama enam kepimpinan PERKIM Terengganu dan Koperasi PERKIM Terengganu (KOPTER).

Menurut Dr Ramle, kunjungan tersebut memfokuskan kepada perbincangan kerjasama untuk penjanaan ekonomi PERKIM melalui beberapa aktiviti bersesuaian khususnya di Daerah Setiu.

Jelasnya lagi, antara misi PERKIM Negeri Terengganu pada tahun 2024 ialah memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak untuk meningkatkan lagi kemajuan PERKIM Terengganu dalam segala aspek seperti pembangunan ekonomi, keberkesanan aktiviti dan juga perkongsian bestari dalam memperkasakan aktiviti dakwah dan kebajikan.

Turut hadir dari PERKIM Bahagian Negeri Terengganu iaitu Bendahari Kehormat, Mohd Rosli Wahab; Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Mohd Subri Jaafar dan Penolong Pegawai, Nur Fadhilah Alias serta Aishah Abd Wahab.


PERKIM Terengganu mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Setiu, Ahmad Rizal Mamat.


Dr Ramle (kanan) mengetuai kunjungan tersebut bagi membincangkan kerjasama untuk penjanaan ekonomi PERKIM Terengganu.


Tujuh orang yang mewakili PERKIM Terengganu dan KOPTER berbincang dengan Ahmad Rizal Mamat.


Barisan PERKIM Terengganu dan KOPTER bergambar bersama Pegawai Daerah Setiu di akhir kunjungan.

Related Articles

Back to top button