Aktiviti Kebajikan

KKRKC Serah Zakat Kepada Mualaf

Oleh : MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (at-Taubah: 60)

Baru-baru ini, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan mengadakan suatu majlis sederhana penyerahan zakat daripada Kelab Kebajikan dan Rekreasi Komuniti Cyberjaya (KKRKC), Cyberview Sdn. Bhd kepada golongan mualaf yang berlangsung di Bangunan Perkim, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 10 Jun 2015 lalu.

Majlis itu telah menghimpunkan seramai 51 Saudara Muslim yang terdiri daripada kaum Cina, India, Sikh, Murut dan Siam yang menetap di sekitar Lembah Klang.

Suariza Hidayah MuhammadsPegawai Pembangunan dan Aset, Suariza Hidayah Muhammad mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan KKRKC mengadakan majlis penyerahan zakat kepada mualaf yang juga merupakan kali kedua program ini dilaksanakan.

Perkim sentiasa membuka ruang serta peluang kepada syarikat korporat mahu pun agensi kerajaan untuk menyumbang tidak kira dalam apa jua bentuk sama ada wang, makanan, pakaian atau barangan kepada mualaf kerana mereka ini adalah termasuk dalam golongan asnaf zakat.

Syarikat korporat perlu mempergiatkan lagi aktiviti-aktiviti kebajikan untuk disampaikan kepada golongan asnaf sebagai salah satu tanggungjawab sosial.

Jelasnya lagi, Allah berfirman di dalam surah al-Baqarah, ayat 268 yang bermaksud: “Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi Pengetahuan-Nya.”

“Kita mendoakan agar pihak terbabit mendapat keberkatan Allah bukan sahaja dalam membantu Saudara Muslim malah turut membantu ibu tunggal, warga emas, gelendangan dan orang kelainan upaya (OKU) serta mereka yang memerlukan,” ujar Suariza.

NajibsMajlis diserikan lagi dengan penyampaian wang zakat oleh Pengerusi Kelab Kebajikan dan Rekreasi Komuniti Cyberjaya (KKRKC), Cyberview Sdn. Bhd, Mohd. Najib Ibrahim kepada 51 Saudara Muslim.

Najib dalam ucapannya berkata, sumbangan kecil itu merupakan tanggungjawab dan keprihatinan pihak syarikat kepada golongan Saudara Muslim.

“Apa jua bentuk rezeki yang datang kepada kita sebenarnya bukanlah daripada manusia tetapi ianya datang daripada Allah SWT dan kami cumalah asbab atau penyebab sahaja untuk mengagihkan kepada penerima,” ujarnya.

Kelab KKRKC berperanan menjaga kebajikan kakitangan syarikat Cyberview dan juga mengambil inisiatif mengasingkan sebahagian daripada wang zakat yang dibayar kepada pusat zakat untuk diagihkan sendiri dan diberikan terus kepada golongan asnaf.

Menurut Najib, apa yang paling penting ialah kepercayaan kita kepada Allah dan berkat doa serta usaha, kita mampu untuk mengubah hidup kita walaupun pelbagai dugaan dan cubaan yang datang.

Beliau berharap, dengan sumbangan tersebut, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban penerima dan dapat dimanfaatkan pada bulan Ramadan.

Semoga majlis seumpama ini dapat membawa keberkatan serta dapat merapatkan lagi ukhwah sesama Islam sekali gus mengukuhkan lagi tali persaudaraan.

“Marilah kita sama-sama berdoa agar kita dapat mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat,” kata Najib yang juga Ketua Bahagian Pengurusan Hartanah, Cyberview Sdn Bhd.

Cyberview merupakan anak syarikat kerajaan Malaysia yang menguruskan pengurusan hartanah dan perbandaran di Cyberjaya.

Turut hadir ialah Pegawai Dakwah Perkim, Siti Munirah Sayed Mohd. Hamdan dan Pembantu Dakwah Perkim, Amran Abdullah.

APA KATA MUALAF

Ahmad Azim Daniel GurpreetsAHMAD AZIM DANIEL GURPREET ABDULLAH, 47

Alhamdulillah. Terima kasih kepada KKRKC dan Perkim. Saya berasa gembira dan bersyukur kerana dipilih sebagai penerima zakat serta berharap ianya menjadi program tahunan serta dapat menganjurkan program motivasi, peningkatan akidah dan program ilmiah kepada Saudara Muslim


Nur Ngaji Irdina DanasNUR NGAJI IRDINA DANA, 37,

Saya berasa bersyukur dan gembira kerana menerima sumbangan dari kelab tersebut di mana saya akan manfaatkan sumbangan yang diberikan dengan membeli buku agama, menuntut ilmu dan memberikan sebahagian sumbangan kepada mereka yang memerlukan dan sedekah kerana bersedekah merupakan salah satu cara untuk menunjukkan kesyukuran kita sebagai hamba yang bersyukur.

 

Faizal AbdullahsFAIZAL ABDULLAH, 68

Sumbangan yang diterima akan saya manfaatkan untuk kegunaan harian kerana saya telah bersara dari menerbitkan buku bahasa Inggeris dan 2.5 peratus daripada sumbangan tersebut akan saya sucikannya dengan berzakat semula.

001
Saudara Muslim pelbagai kaum hadir untuk penerimaan zakat dari KKRKC.

002
Penerima zakat yang hadir di majlis tersebut.

003
Suariza (kanan) menyampaikan ucapan dan mengali-alukan kehadiran pihak KKRKC.

004
Najib (kiri) menyampaikan ucapan selaku Pengerusi KKRKC kepada hadirin.

005
Najib (berkaca mata) menyerahkan wang zakat kepada penerima.

008
Penerima berbangsa Cina mendapat wang zakat daripada Najib (tengah) sambil diperhatikan Amran (kiri).

006

Saudara Muslim kategori orang kelainan upaya (OKU) dipilih menjadi penerima zakat KKRKC.

007
Najib (kiri) menyerahkan sumbangan di majlis penyerahan zakat kepada Saudara Muslim.

009
Pengerusi KKRKC, Najib (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penerima zakat sambil disaksikan oleh Amran (kiri).

011
Suariza (tiga dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Pengerusi KKRKC, Najib (lima dari kiri) di akhir majlis penyerahan zakat kepada Saudara Muslim.

010
Kelab Kebajikan dan Rekreasi Komuniti Cyberjaya (KKRKC) bergambar bersama-sama penerima zakat dan kakitangan Perkim.

Related Articles

Back to top button