Aktiviti Wanita PERKIM

Ketua Wanita PERKIM Ziarah Makam Cik Siti Wan Kembang

oleh: SRZ

πŠπŽπ“π€ 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔, πŸπŸ“ π€ππ‘πˆπ‹ πŸπŸŽπŸπŸ“ – Yang Teramat Mulia Tunku Puan Sri Dato Hajah Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Ketua Wanita Perkim Kebangsaan (Tengku Puan Temenggong Kelantan) telah berangkat ke Tanah Perkuburan Islam Banggol, dekat sini bagi menziarahi Makam Cik Siti Wan Kembang pada pagi Jumaat.

Dalam sesi ziarah itu, Tunku Noor Hayati berangkat bersama-sama Setiausaha Kehormat Wanita PERKIM Kebangsaan, YBhg Dato’ Hajah Maznah Dasmi serta barisan kepimpinan Yayasan Noor Al-Syakur (YANAS).

Lawatan ziarah penuh penghormatan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Wanita PERKIM bagi mengenang jasa dan sumbangan tokoh wanita Melayu dalam sejarah negara.

Selain itu, ia mencerminkan komitmen Wanita PERKIM dalam memartabatkan institusi diraja serta memperkukuh peranan wanita dalam masyarakat melalui aktiviti kebajikan dan keagamaan.

Titah Tunku Noor Hayati, Cik Siti Wan Kembang merupakan ratu yang memerintah Kelantan sekitar abad ke-17.

Baginda dikenali sebagai pemerintah yang adil, berani dan berwibawa. Dikenang sebagai satu-satunya wanita yang memerintah secara solo, baginda turut dikaitkan dengan pelbagai kisah lagenda, termasuk memiliki ilmu kebatinan dan seekor kijang peliharaan simbol yang kini menjadi lambang negeri Kelantan.

Tambahnya lagi, ziarah ini bukan sekadar mengenang tokoh silam, tetapi juga menzahirkan penghargaan terhadap sejarah perjuangan wanita Melayu dalam kepimpinan, keilmuan dan dakwah.”

β€œBersempena Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PERKIM Kebangsaan Kali Ke-45 yang diadakan di sini pada 25 hingga 27 April 2025, Wanita PERKIM terus komited mengangkat peranan wanita Islam dalam masyarakat serta memperkukuh kefahaman sejarah bangsa melalui program seumpama ini.

Majlis diserikan dengan bacaan surah Yasin tahlil dan doa selamat yang diadakan di pusara tersebut dalam suasana penuh tertib.

Selain Cik Siti Wan Kembang, terdapat tokoh ulama terkenal dikebumikan di situ termasuk bekas Mufti Kelantan, Allahyarham Datuk Mohd Noor Ibrahim dan Allahyarham Abdul Samad Muhammad Saleh atau lebih dikenali sebagai Tuan Tabal.

Di akhir ziarah, Tunku Noor Hayati bersama Dato’ Maznah turut berkesempatan mengunjungi Maqam Sayyid Ahmad Shah Jalal, Ayahanda kepada Sayyid Hussein JamaDil Kubra yang merupakan Ulama Kelantan Serambi Mekah ketiga di Banggol Hutan Lama.


Makam Cik Siti Wan Kembang terletak di Tanah Perkuburan Islam Banggol, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.


Dato’ Maznah (duduk) bersama Tunku Noor Hayati menghadiahkan al-Fatihah dan Surah Yasin di pusara Cik Siti Wan Kembang.


Tunku Noor Hayati berkenan menyirami pusara selepas menghadiahkan bacaan ke atas Almarhumah.


Tunku Noor Hayati bersama Dato’ Maznah menabur bunga ke atas pusara.


Tunku Noor Hayati bersama Dato’ Maznah turut berkesempatan mengunjungi Maqam Ulama Kelantan Serambi Mekah ketiga di Banggol Hutan Lama.


Dato’ Maznah menghadiahkan al-Fatihah dan doa di Maqam Ulama Kelantan Serambi Mekah ketiga.

Related Articles

Back to top button