Ketua Wanita PERKIM Lawat Kilang Mitra Food Industries

KOTA BHARU, 7 NOVEMBER 2022 – Ketua Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan, YTM Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berkenan berangkat melawat Kilang Mitra Food Industries.
Kilang Mitra Food Industries ini ditubuhkan sejak tahun 2003 yang diasaskan oleh Roslaimi Ariffin dengan mengeluarkan produk formulasi berasaskan kopi.
Lawatan keusahawanan ini adalah cetusan Tunku Noor Hayati dalam rancangan strategik Wanita PERKIM dibawah teras “Ekonomi dan Kewangan” untuk manfaat khususnya kepada golongan mualaf bagi meningkatkan ekonomi keluarga.
Seramai 20 orang menyertai lawatan ini terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Wanita PERKIM Cawangan Negeri Kelantan dan mualaf bersasar.
Lawatan diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi PERKIM Cawangan Wanita Bahagian Negeri Kelantan, YABhg Datin Bentara Kanan Hajah Siti Zabidah Ab.Hamid.
Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud: “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
Ketibaan Ketua Wanita PERKIM dan Wanita PERKIM Cawangan Negeri Kelantan ke Mitra Food Industries, Kota Bharu.
Tunku Noor Hayati (tengah) berkenan melawat kilang Mitra Food Industries.
Tunku Noor Hayati bersama Wanita PERKIM Cawangan Kelantan melihat sumber bekalan serbuk kopi dan koko.
Tunku Noor Hayati melihat pembungkusan kopi dan coklat.
Tunku Noor Hayati berkenan memegang hasil kopi dan coklat yang siap dibungkus sambil diperhatikan oleh Datin Siti Zabidah.
Di antara saudara baru turut menyertai lawatan tersebut.
AJK Wanita PERKIM Cawangan Negeri Kelantan di pejabat Mitra Food Industries.
Pengerusi PERKIM Cawangan Wanita Bahagian Negeri Kelantan, Datin Siti Zabidah (tengah) menyampaikan plak Wanita PERKIM kepada Roslaimi sambil disaksikan oleh YTM Tunku.
Tetamu kehormat bergambar bersama Wanita PERKIM Cawangan Negeri Kelantan di pejabat Kilang Mitra Food.
Tetamu kehormat dan Wanita PERKIM Cawangan Kelantan merakamkan gambar kenangan bersama pekerja kilang Mitra Food Industries.