Aktiviti Dakwah

IDIPKL – KPBKL Jalin Usahasama Bantu Pendidikan Asnaf

oleh: FLT

KUALA LUMPUR, 18 OKTOBER 2022 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan telah menerima kunjungan hormat daripada Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) yang diwakili Pengerusinya, YBhg Dr Yusri Mohamad; Ketua Pengawai Eksekutif, Encik Radzuan Razali dan beberapa orang pegawai.

Dalam kunjungan tersebut, pihak KPBKL telah menawarkan beberapa program pendidikan khusus kepada asnaf mualaf bagi membantu meningkatkan taraf hidup golongan tersebut.

Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor berkata, ianya umpama ‘pucuk dicita ulam mendatang’.

PERKIM sememangnya sedang berusaha mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan mualaf dan antara inisiatif yang telah dan masih diusahakan oleh PERKIM ialah dengan meningkatkan mutu pendidikan di kalangan golongan sasar tersebut.

Seterusnya kedua-dua pihak bersetuju penyediaan modul pendidikan yang dapat membantu para mualaf agar dapat hidup dengan lebih selesa dan seterusnya mampu menyumbang untuk pembangunan ekonomi umat islam dan bukan hanya sekadar menjadi peminta.

Dr Mohd Yusof turut menjelaskan usahasama PERKIM ini akan dijalankan menerusi International Da’wah Institute PERKIM Kuala Lumpur (IDIPKL) dan satu memorandum persefahaman (MOU) akan dimeterai dalam masa terdekat.

PERKIM sebelum ini juga telah menandatangani MOU dengan beberapa buah universiti tempatan.

 


Dr Yusof Noor menyampaikan cenderahati sebuah buku coffee table 60 Tahun PERKIM kepada Dr Yusri.

 


Dr Yusri menerima cenderahati sebuah plak PERKIM daripada Tan Sri Setiausaha Agung Kehormat PERKIM.

 


Dr Yusri pula menyampaikan cenderahati sebuah plak KPBKL kepada Dr Yusof Noor dalam sesi penyampaian balas.

 


Pimpinan Kehormat PERKIM bersama barisan tetamu daripada KPBKL

 


Dr Yusri merekod kehadiran dan menandatangani di dalam Buku Pelawat PERKIM.

 


Perbincangan di antara KPBKL dan PERKIM menerusi IDIPKL bagi penyediaan modul pendidikan yang dapat membantu para mualaf.

 


Jalinan usahasama tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat Tingkat 6, Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan.

 


Satu memorandum persefahaman (MOU) akan dimeterai dalam masa terdekat di antara KPBKL dan IDIPKL.

Related Articles

Back to top button