Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

Kelas Al-Quran PERKIM Terengganu Anjur Majlis Selawat Sempena Maulidur Rasul

Baru-baru ini, Kelas Pengajian Al-Quran (Malam) PERKIM Terengganu  telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul bertempat di Kompleks MDM Telaga Mengkudu dekat sini.

Majlis yang penuh keberkatan ini dihadiri pelajar seramai 25 orang termasuk guru mereka Ustaz Haji Ismail Noh dan Ustaz Muhammad Amer Imran Azman.

Majlis yang diadakan selepas pengajian Al-Quran itu bertujuan untuk mengingati dan merayakan keputeraan Rasulullah SAW yang merupakan sumber inspirasi dan pedoman bagi umat Islam.

Majlis selawat ini adalah salah satu daripada aktiviti yang diadakan oleh Kelas Mengaji PERKIM untuk memupuk cinta kepada Nabi Muhammad SAW dalam kalangan pelajar-pelajar dan masyarakat setempat.

Di akhir majlis, pelajar berkesempatan menikmati hidangan makanan dan minuman yang disediakan oleh pelajar. Mereka berkerjasama membawa hidangan masing-masing untuk berkongsi rezeki.

Secara tidak langsung ukhuwah di kalangan mereka dapat diperkukuhkan.

Turut diadakan sessi bacaan selawat beramai-ramai.

Related Articles

Back to top button