Pengumuman
Salam Takziah Atas Pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohd Ali

Seluruh Warga dan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) merakamkan ucapan takziah yang setulus-tulusnya kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Penasihat Khas PERKIM, serta seluruh ahli keluarga atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohd Ali, yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN), pada usia 100 tahun.
Pemergian beliau disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.
PERKIM amat berdukacita atas kehilangan seorang tokoh wanita yang telah melalui perjalanan kehidupan yang panjang serta menjadi pendamping setia kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Allahyarhamah turut dikenali sebagai seorang insan yang mempunyai ketokohan dan sumbangan tersendiri kepada masyarakat dan negara.
Sesungguhnya, ajal dan maut merupakan ketetapan Allah SWT. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian sebagaimana firman Allah SWT:
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati.”
— Surah Ali ‘Imran, 3:185
Sehubungan itu, PERKIM mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikan beliau, melimpahkan rahmat dan keampunan-Nya, menerangi serta melapangkan alam kuburnya, dan menempatkan roh Allahyarhamah bersama para solihin, orang-orang beriman serta hamba-hamba-Nya yang diredai.
PERKIM juga mendoakan agar Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga Allahyarhamah dikurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat dukacita ini.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
“Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah segala kesalahannya.”
Al-Fatihah.
𝑫𝙚𝒏𝙜𝒂𝙣 𝙏𝒖𝙡𝒖𝙨 𝙄𝒌𝙝𝒍𝙖𝒔 𝑫𝙖𝒓𝙞𝒑𝙖𝒅𝙖:
𝑺𝙚𝒍𝙪𝒓𝙪𝒉 𝑾𝙖𝒓𝙜𝒂 𝒅𝙖𝒏 𝑲𝙚𝒑𝙞𝒎𝙥𝒊𝙣𝒂𝙣 𝙏𝒆𝙧𝒕𝙞𝒏𝙜𝒈𝙞
𝗣𝗲𝗿𝘁𝘂𝗯𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠)



