Pengumuman

Selamat Hari Lahir Ke-76 Yang Dipertua PERKIM

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑 𝐊𝐄-𝟕𝟔 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐄𝐑 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌

Seluruh Warga dan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dengan penuh rasa syukur dan hormat merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Lahir kepada YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PERKIM.

Dilahirkan di Limbang pada 4 Ogos 1950, YAB telah mencurahkan lebih lima dekad khidmat bakti kepada negeri Sarawak dan negara. Perjalanan kepimpinan beliau membuktikan iltizam yang tinggi dalam memacu pembangunan yang inklusif, progresif dan mampan.

Sejak diberikan amanah sebagai Premier Sarawak pada tahun 2017, pelbagai dasar serta inisiatif strategik telah digerakkan bagi memperkukuh ekonomi negeri, mempercepat transformasi digital, membangunkan tenaga boleh diperbaharui, memperkasakan pendidikan, meningkatkan infrastruktur serta mempertahankan hak dan kedudukan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Sesungguhnya, pelantikan YAB sebagai Yang Dipertua PERKIM pada 10 Mei 2025 merupakan satu penghormatan besar kepada organisasi ini.

Amanah yang diterima daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan sekadar meneruskan legasi kepimpinan tokoh-tokoh terdahulu, malah memperkukuhkan lagi peranan PERKIM sebagai sebuah institusi dakwah, kebajikan dan pembangunan ummah yang dihormati di peringkat nasional dan antarabangsa.

Di bawah kepimpinan YAB, PERKIM terus mengorak langkah memperkasa agenda dakwah, memartabatkan pembangunan ekonomi Islam melalui pengurusan aset wakaf yang lestari, memperluaskan peluang pendidikan dan latihan teknikal kepada generasi muda Islam serta memperjuangkan kebajikan saudara baharu dan masyarakat Islam secara menyeluruh.

Komitmen YAB terhadap perpaduan, kesejahteraan ummah serta keprihatinan terhadap isu-isu kemanusiaan dan kebajikan sejagat menjadi inspirasi kepada seluruh warga PERKIM.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, usia yang diberkati, kekuatan fizikal dan rohani, kebijaksanaan dalam memimpin serta rahmat yang melimpah kepada YAB.

Semoga segala usaha, jasa dan pengorbanan YAB sentiasa dipermudahkan serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT demi kemajuan Negeri Sarawak, kecemerlangan PERKIM, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Selamat Hari Kelahiran Ke-76. Semoga YAB terus memimpin dengan penuh hikmah, integriti dan wawasan demi agama, bangsa dan tanah air.

Dengan tulus ikhlas daripada:

𝙒𝙖𝙧𝙜𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙥𝙞𝙢𝙥𝙞𝙣𝙖𝙣 𝙏𝙚𝙧𝙩𝙞𝙣𝙜𝙜𝙞

𝙋𝙚𝙧𝙩𝙪𝙗𝙪𝙝𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙗𝙖𝙟𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 (𝙋𝙀𝙍𝙆𝙄𝙈)

Related Articles

Back to top button