Aktiviti Wanita PERKIMBerita PERKIM Bahagian & Cawangan

Wanita PERKIM Kelantan Bantu 26 Mangsa Banjir

oleh: WAN ZUBAIDAH WAN YUSOF


KOTA BHARU, 4 FEBRUARI 2023 – Jawatankuasa Kecil  Pendidikan Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Kelantan dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Khadijah Kampung Surau Kota, Kota Bharu Kelantan telah menganjurkan Majlis Penyampaian Bantuan Banjir bertempat di Masjid Khadijah Kampung Surau Kota di sini.

Seramai 80 orang hadir dalam majlis tersebut terdiri daripada Ahli Wanita PERKIM Bahagian Negeri Kelantan, Kumpulan Tadabbur Muslimah Masjid Sultan Muhammad II, Telipot dan penerima sumbangan banjir.

Majlis itu dimulakan dengan  bacaan ayat- ayat suci al- Quran disampaikan oleh Johan Qariah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa, YBhg Datuk Hajah Faridah Haji Mat Saman bermula dari Surah Al-Baqarah ayat 151 hingga 157 dan diikuti oleh Kumpulan Tadabbur Muslimah.

Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengerusi Wanita PERKIM Bahagian Negeri Kelantan merangkap Bendahari Masjid Khadijah Kg Surau Kota, YBhg Puan Hajah Aisyah Haji Ab Rahman.

Hajah Aisyah dalam ucapannya mengucapkan syukur dan puji kepada Allah SWT kerana dengan izinNya majlis tersebut dapat diadakan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua penderma- penderma sama ada individu, badan korporat, Wanita PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat- Yang Berhormat, PERKIM Bahagian Negeri Kelantan dan barisan Ahli Jawatankuasa Wanita PERKIM Bahagian Negeri Kelantan.

Majlis diserikan lagi dengan ucapan khas oleh Pengerusi Wanita PERKIM Bahagian Negeri Kelantan, YABhg Datin Bentara Kanan Hajah Siti Zabidah Ab Hamid.

Datin Zabidah mengucapkan kesyukuran atas limpah dan rahmatNya kerana dapat berkumpul dan berukhuwah di antara satu sama lain dalam majlis yang penuh barakah.

Beliau turut menyentuh berhubung kelebihan orang yang bertadabbur dan merasai kenikmatan hubungan dengan Allah SWT melalui kefahaman ayat-ayat yang ditadabburkan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih  atas kehadiran Datuk Faridah Mat Saman dan Kumpulan Tadabbur Muslimah Masjid Sultan Muhammad II.

Datin Siti Zabidah turut berterima kasih kepada penderma-penderma yang telah menderma sehinggalah majlis ini dapat dilaksanakan.

Akhir ucapan beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dalam menjayakan majlis tersebut.

Datin Siti Zabidah turut menyampaikan sumbangan bantuan banjir kepada 26 orang penerima.

Semoga dengan sumbangan itu ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi oleh penerima.

Majlis berakhir dengan bacaan doa dipimpin oleh Ustazah Hajah Wan Faizah Abdul Kadir disusuli dengan penyampaian cenderahati kepada Datuk Faridah dan Datin Siti Zabidah.


Hajah Aisyah selaku Timbalan Pengerusi Wanita PERKIM Bahagian Negeri Kelantan menyampaikan ucapan aluan.


Datin Siti Zabidah selaku Pengerusi Wanita PERKIM Bahagian Negeri Kelantan menyampaikan ucapan khas.


Seramai 80 yang hadir di majlis tersebut.


Kumpulan Tadabbur Muslimah Masjid Sultan Muhammad II Telipot menyampaikan bacaan ayat -ayat suci al- Quran dipimpin oleh Datuk Faridah.


Suasana Majlis Tadabbur Al-Quran yang dipenuhi dengan barakah.


Datin Siti Zabidah menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.


Penerima bantuan banjir menerima sumbangan daripada Datin Siti Zabidah.


Mudah-mudahan dengan sumbangan tersebut dapat mengurangkan beban kepada mangsa banjir.


Hajah Aishah (dua dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Datin Siti Zabidah (tengah).


Datuk Faridah (tengah) menerima cenderahati daripada Hajah Aishah.

Related Articles

Back to top button