Aktiviti Wanita PERKIM

Wanita PERKIM Perkukuh Gerak Kerja 2026, Fokus Kebajikan, Pendidikan dan Pengukuhan Organisasi

ᵒˡᵉʰ: ᴹᴼᴴᴰ. ˢʸᴬᴴᴿᴵᴸ ᴿᴼˢᴰᴵ ᴬᴴᴹᴬᴰ ᶻᴬᴴᵁᴰᴵ

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥, 𝟳 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Mesyuarat Majlis Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan Bilangan 1/2026 yang berlangsung pagi tadi di Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan menjadi medan penting dalam memperkukuh perancangan strategik organisasi, khususnya dalam aspek kebajikan, pendidikan serta pemerkasaan gerak kerja wanita sepanjang tahun ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗜𝗠 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻, 𝗬𝗧𝗠 𝗧𝘂𝗻𝗸𝘂 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗦𝗿𝗶 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗛𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗡𝗼𝗼𝗿 𝗛𝗮𝘆𝗮𝘁𝗶 𝗧𝘂𝗻𝗸𝘂 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮 𝗔𝗹-𝗛𝗮𝗷 itu menghimpunkan barisan kepimpinan tertinggi Wanita PERKIM termasuk𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗞𝗲𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁, 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗛𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗠𝗮𝘇𝗻𝗮𝗵 𝗗𝗮𝘀𝗺𝗶; 𝗕𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁, 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗿 𝗡𝘂𝗿’𝗮𝘇𝗮𝗵 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗠𝗮𝗻𝗮𝗳 serta 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗜𝗜, 𝗗𝗮𝘁𝗶𝗻 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗛𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗦𝗵𝗮𝗺𝘀𝗶𝗮𝗵 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗱. 𝗬𝗮𝘀𝘀𝗶𝗻 turut mengikuti mesyuarat secara dalam talian.

Hadir sama iaitu Ahli Majlis Wanita PERKIM Kebangsaan iaitu YBhg Datin Hajah Mawanchik Che Jais, Datin Paduka Norsiah Haron, Hajah Norizan Ismail, YBhg Dato’ Dr Hajah Munirah Mohd Hassan, YBhg Dato’ Hajah Norzarina Sepran, Hajah Faiza Bawumi Sayed Ahmad, Hajah Sharifah Zubaidah Syed Mahdzar, Azlifa Md. Idris serta Pengerusi Tetap, Hajah Hasnah Mohamed.


Dalam ucapan aluan, Tunku Noor Hayati menekankan kepentingan kesatuan, disiplin organisasi serta keikhlasan dalam melaksanakan amanah dakwah dan kebajikan, selari dengan matlamat Wanita PERKIM dalam membela nasib golongan mualaf dan masyarakat memerlukan.

Mesyuarat seterusnya mengesahkan Minit Mesyuarat Bil.3/2025 serta membincangkan perkara-perkara berbangkit dipengerusikan oleh Dato’ Maznah sebelum laporan kewangan dibentangkan oleh Dr Nur’azah merangkumi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2025 serta prestasi semasa bagi suku pertama tahun 2026.

Pembentangan itu turut menyentuh perbelanjaan program semasa, sekali gus memberi gambaran jelas terhadap kedudukan kewangan dan keperluan pengurusan dana secara lebih berhemah.

Dalam aspek perancangan organisasi, mesyuarat memberi tumpuan kepada persiapan Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PERKIM Kebangsaan Kali Ke-46 yang dijadual berlangsung pada 24 hingga 26 April ini di Ampang, Selangor.

Pembahagian tugas telah disusun rapi termasuk aspek protokol, pendaftaran, pengurusan program serta penyediaan buku program yang diputuskan untuk dilaksanakan secara digital (PDF) bagi menjimatkan kos.

Selain itu, beberapa ketetapan penting turut diputuskan termasuk penetapan yuran penyertaan, penglibatan penaja serta keperluan memastikan semua urusan termasuk penyediaan makanan dan bazar mematuhi piawaian halal serta pengurusan profesional pihak hotel.

Mesyuarat turut menerima pembentangan laporan daripada jawatankuasa kecil yang memperlihatkan keberkesanan pelaksanaan program sepanjang Ramadan dan menjelang Syawal.

Antaranya Program Semarak Menjelang Syawal yang berjaya menyantuni lebih 80 penerima terdiri daripada mualaf, anak tahfiz dan asnaf melalui sumbangan pakaian Hari Raya serta bantuan kebajikan.

Jawatankuasa Kecil Pendidikan pula membentangkan kejayaan pelaksanaan program keusahawanan seperti kelas pembuatan biskut raya yang melibatkan penyertaan aktif golongan mualaf.

Program tersebut bukan sahaja memberi kemahiran baharu, malah membuka peluang menjana pendapatan melalui perniagaan kecil-kecilan.

Dalam masa sama, Majlis Sambutan Hari Raya Wanita PERKIM bersama masyarakat majmuk turut mencatat impak positif apabila berjaya menarik kehadiran masyarakat bukan Islam, sekali gus menjadi platform dakwah yang berkesan.

Program itu turut menyaksikan pengislaman seorang individu, mencerminkan pendekatan inklusif dan harmoni yang diketengahkan PERKIM.

Jawatankuasa Kecil Dana pula mencadangkan penganjuran majlis makan malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) serta program jogathon sebagai inisiatif menambah sumber kewangan organisasi yang dilihat semakin mencabar.

Dalam perkembangan lain, mesyuarat turut menyentuh usaha memperkemas struktur organisasi termasuk isu pendaftaran cawangan, pematuhan peraturan serta keperluan mendapatkan kelulusan dan dokumentasi rasmi bagi memastikan kelancaran operasi di semua peringkat negeri dan bahagian.

Tunku Noor Hayati dalam penutup mesyuarat menzahirkan penghargaan kepada semua ahli yang komited dan menegaskan kepentingan bergerak sebagai satu pasukan dalam mendepani cabaran semasa.

Beliau turut menyeru agar setiap perancangan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan berlandaskan matlamat memperkukuh peranan wanita PERKIM sebagai agen dakwah dan kebajikan yang berkesan.

“Segala usaha yang kita lakukan bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat, malah menjadi saham akhirat jika dilaksanakan dengan penuh keikhlasan,” ujar beliau.

Mesyuarat berakhir dengan semangat baharu dan iltizam tinggi untuk memastikan setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, berimpak dan menyeluruh demi kesejahteraan ummah.

Hadir sama iaitu urus setia Wanita PERKIM Kebangsaan, Fatin Hamizah Ismail dan Siti Masliana Mohd Ariffin.

 


Mesyuarat Majlis Wanita PERKIM Kebangsaan Bilangan 1/2026 diadakan di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan.


Tunku Noor Hayati berkenan mempengerusikan mesyuarat itu menekankan kepentingan kesatuan, disiplin organisasi serta keikhlasan dalam melaksanakan amanah dakwah dan kebajikan, selari dengan matlamat Wanita PERKIM.

 


Dato’ Maznah meminta ahli mesyuarat mengesahkan Minit Mesyuarat Bil.3/2025 sekali gus membincangkan perkara-perkara berbangkit.

 


Laporan Kewangan Wanita PERKIM Kebangsaan dibentangkan oleh Dr Nur’azah merangkumi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2025 serta prestasi semasa bagi suku pertama tahun 2026.

 


Tunku Noor Hayati menyeru agar setiap perancangan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan berlandaskan matlamat memperkukuh peranan wanita PERKIM sebagai agen dakwah dan kebajikan yang berkesan.

 


Ahli mesyuarat melambai kegembiraan kepada Naib Ketua Wanita II, Puan Sri Dato’ Hajah Shamsiah Md Yassin yang mengikuti mesyuarat secara atas talian.

 


Ahli Majlis Wanita PERKIM Kebangsaan bergambar bersama-sama selepas mesyuarat ditangguhkan.

Related Articles

Back to top button