Aktiviti Wanita PERKIMBerita PERKIM Bahagian & Cawangan

Seminar Strategi Pembangunan Wanita Mualaf PERKIM

KUALA LUMPUR, 29 JANUARI 2023 – Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Wilayah Persekutuan telah mengadakan Seminar Strategi Pembangunan Wanita Mualaf PERKIM.

Wanita PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan merupakan Wanita Bahagian yang pertama mengadakan seminar itu dan ia akan diikuti oleh Wanita PERKIM bahagian-bahagian yang lain.

Seminar yang melibatkan seramai 50 orang peserta terdiri daripada Wanita mualaf PERKIM yang telah mengikuti strategi Meja Bulat Wanita Mualaf PERKIM pada tahun 2017.

Seminar telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusuf Noor.

Seminar selama dua hari satu malam itu memberi peserta lebih banyak ilmu, maklumat dan kaedah untuk membangunkan wanita mualaf.

Pengisian seminar diisi dengan enam slot ceramah Ekonomi dan Kewangan yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Pembangunan & Koordinasi Strategik, Skim Insuran Perkerjaan PERKESO, Rahmat Ismail.

Manakala Pensyarah Fakulti Syariah Jabatan Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), YBhg Prof. Madya Dr Salmy Edawati Yaakob pula memberi fokus kepada Pengurusan Kewangan. Beliau juga merupakan Penyelidik Pelan Pembangunan Wanita Mualaf PERKIM di Malaysia sejak 2020 hingga 2025.

Tajuk Syariah dan Perundangan penjelasan mengenai mengurus hal ehwal perkahwinan dan penceraian disampaikan oleh Tetuan Azlan Shah Abdul Ghaffor.

Tuan Saharuddin Selamat dari Bahagian Pengantaraan Syariah Jabatan Bantuan Guaman Malaysia  menyampaikan mengenai Kepentingan Syariah dan Perundangan РHibah dan Wasiat.

Slot kelima mengenai Kaunseling, Psikologi dan Keluarga disampaikan oleh Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM merangkap Pengarah Urusan Hushim Motivational and Counselling Consultancy, YBhg Tuan Haji Hushim Haji Salleh.

Slot yang terakhir mengenai Sosiobudaya telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Perancangan Dasar dan Strategik Kementerian Wilayah Persekutuan, Mohd Nor Shah Mohamed.


Slot Ekonomi dan Kewangan disampaikan oleh Rahmat Ismail kepada peserta.


Peserta mendengar dan memberi respon dalam seminar yang disampaikan.


Peserta program bergambar kenang-kenangan di akhir seminar.

Related Articles

Back to top button