Pengumuman

Selamat Hari PERKIM Ke-61

[youtube url=”https://www.youtube.com/watch?v=KSH9ZXOhFyY” width=”700″ height=”376″]

Bersempena Hari Jadi PERKIM hari ini, saya ingin menjemput seluruh warga PERKIM sama sama bersyukur kepada Allah SWT di atas apa jua bentuk pemberian-Nya dan serentak mendoakan rahmat dan pengampunan-Nya kepada Pengasas serta pendukung pendukung PERKIM, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang telah kembali ke rahmatullah.
 
Kepada Allah jualah kita pohon di angkat wabak COVID-19 yang mencengkam kehidupan manusia hari ini dan membolehkan kita khususnya di PERKIM menjalankan rancangan dan kegiatannya seperti biasa.
 
Kepada Allah kita berserah dan saudara saudara baru seagama dengan kita terus gigih menghadapi ujian. Selamat hari jadi PERKIM.
 
Salam daripada Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.
 
 
 
Selamat Hari PERKIM Ke-61

Tanggal 8 Februari diabadikan sebagai “Hari PERKIM” mengambil sempena tarikh kelahiran Putra DiRaja Kedah Darul Aman, Tunku Abdul Rahman Putra Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada 8 Februari 1903.

Almarhum tercatat sebagai “Bapa Kemerdekaan” juga “Bapa PERKIM”, pertubuhan yang diasaskan di kediaman rasmi Almarhum, di Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada 19 Ogos 1960, tiga tahun selepas kemerdekaan negara Malaysia.

PERKIM, singkatan nama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia merupakan satu-satunya pertubuhan yang mengabdikan diri bergiat dalam bidang kebajikan dan dakwah kepada orang Islam dan bukan Islam pada masa itu.

Almarhum Tunku adalah Yang Dipertua PERKIM yang kelima (5) (1974-1989), mangkat pada 6 Disember 1990 dan meninggalkan amanat buat warga PERKIM:

“Ahli-ahli PERKIM bebas ‘menganut’ mana-mana fahaman politik, tetapi saya tidak mahu PERKIM dipolitikkan, PERKIM diwujudkan untuk menyampaikan risalah Allah semata-mata”Mesyuarat Agung PERKIM 1981

“Sumbangan bakti kepada PERKIM adalah secara sukarela sahaja, nak harap apa-apa tak adalah, hanya balasan kebaikan daripada Allah sahaja..”Mesyuarat Agung PERKIM 1982

“…usaha menyampaikan dakwah hendaklah diteruskan buat selama-lamanya kerana ianya merupakan tanggungjawab setiap Muslim…”Mesyuarat Agung PERKIM 1986

“…walau bagaimana sekali pun saya tidak rela bangunan PERKIM dijual, biarlah ianya menjadi hak milik PERKIM untuk selama-lamanya…”Suara PERKIM Tahun Keluaran 13

Related Articles

Back to top button