PengumumanVideo

Do It Family: Siri 5 – Perancangan Bajet Bulanan : YBhg Pen. Prof Dr Nurliza Haslin Muslim

[youtube url=”https://www.youtube.com/watch?v=mXrMru9775c” width=”700″ height=”376″]

Do It Family: Pengurusan Kewangan Keluarga Menurut Islam Siri 5 – Perancangan Bajet Bulanan

Panel Jemputan: YBhg Pen. Prof Dr Nurliza Haslin Muslim Dekan Centre of Language, Education and Graduate Study merangkap Ketua Unit Kualiti Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC)

Moderator: YBrs Muhammad Farhan Tee Abdullah Pegawai Unit Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan PERKIM Kebangsaan

Pada episod lalu penonton diberi pendedahan dan pencerahan dalam Rancangan Do It Family, Siri 4 : Mengurus Kewangan Keluarga secara teori disampaikan oleh YBhg Pen Prof Dr Nurliza Haslin Muslim selaku Dekan dari KLMUC dan dihoskan oleh YBrs Ustaz Muhammad Farhan Tee Abdullah selaku Pegawai UPPP PERKIM Kebangsaan.

Pada episod kali ini, Do It Family – Siri 5 bertajuk Perancangan Bajet Bulanan iaitu bagaimanakah anda merancang kewangan dengan menyediakan pengiraan belanjawan bulanan secara terperinci.

Terdapat beberapa perkara tertentu tidak berlaku pada setiap bulan iaitu perbelanjaan perayaan, percutian dan pakaian. Kita akan melihat bagaimanakah kita mengatur bajet bulanan supaya pada akhirnya kita akan menepati bajet tahunan.

Bajet Bulanan Bujang : Gaji – (Sewa Rumah, Bil Utiliti, Barangan Basah, Barangan Dapur,, Petrol, Ibu Bapa, Insuran Kesihatan, Kereta, Simpanan, Tabung Haji) – (Perayaan/Buku/Pakaian/Perabot)

Bajet Bulanan Keluarga : Gaji Suami + Gaji Isteri – (Sewa Rumah, Bil Utiliti, Makanan, Petrol, Ibu Bapa, Sekolah, Pendidikan, Insuran Kesihatan, Kereta, Simpanan, Tabung Haji) – (Perayaan/Rekreasi/Percutian/Buku/Pakaian/Perabot/Beg/Kasut/Perhiasan)

Video by : FLT

Related Articles

Back to top button