Selamat Datang dan Selamat Bertugas Setiausaha Agung Kehormat dan Bendahari Kehormat

Warga dan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Datang kepada 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐃𝐫. 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐌𝐚𝐫𝐳𝐮𝐤𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐎𝐦𝐚𝐫 selaku 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐀𝐠𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 dan 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐮 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐞𝐫𝐬𝐚𝐥 𝐀𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐨𝐬𝐥𝐢 selaku 𝐁𝐞𝐧𝐝𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌 ke Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan berkuat kuasa 1 Ogos 2025 bersamaan 7 Safar 1447H.
Semoga dengan pelantikan ini barisan kepimpinan baharu akan terus memperkasa misi dakwah, kebajikan, pendidikan dan kerjasama yang menjadi teras perjuangan PERKIM sejak penubuhannya.
Kami mendoakan agar amanah yang dipikul akan dipandu dengan hikmah, keikhlasan dan kecemerlangan dalam memacu halatuju organisasi ke arah yang lebih gemilang.
Selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang mulia ini.



