Pengumuman
Selamat Menyambut Hari Pahlawan

Seluruh warga dan kepimpinan PERKIM merakamkan 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐚𝐡𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧 kepada seluruh pejuang tanah air yang berkhidmat bakti dalam mempertahankan kedaulatan negara tercinta.
Hari Pahlawan bukan sekadar hari untuk memperingati jasa perwira negara tetapi juga detik yang mengingatkan kita tentang pengorbanan, keberanian dan semangat cintakan tanah air yang tidak berbelah bahagi.
Setiap titisan peluh, keringat dan darah yang mengalir demi kemerdekaan dan keamanan Malaysia adalah amanah yang perlu kita junjung dan teruskan.
PERKIM menyanjung tinggi semangat patriotisme yang ditunjukkan oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta semua barisan keselamatan yang menjadi benteng pertahanan tanah air.
Semoga roh para pahlawan yang telah pergi ditempatkan dalam kalangan para solihin dan yang masih berbakti terus diberikan kekuatan serta keberkatan.
“Berjuang demi agama, bangsa dan negara adalah satu bentuk ibadah yang amat besar nilainya di sisi Allah.”



