Do It Family: Siri 3 – Membezakan Kehendak dan Keperluan : YBhg Pen. Prof Dr Nurliza Haslin Muslim

Do It Family: Pengurusan Kewangan Keluarga Menurut Islam
Siri 3 – Membezakan Kehendak dan Keperluan – Memilih Keutamaan
Panel Jemputan:
YBhg Pen. Prof Dr Nurliza Haslin Muslim
Dekan Centre of Language, Education and Graduate Study merangkap Ketua Unit Kualiti Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC)
Moderator:
YBrs Muhammad Farhan Tee Abdullah
Pegawai Unit Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan PERKIM Kebangsaan
Pada episod lalu penonton diberi pendedahan dan pencerahan dalam Rancangan Do It Family, Siri 2 bertajuk Utiliti Dalam Konsep Ekonomi disampaikan oleh YBhg Pen Prof Dr Nurliza Haslin Muslim selaku Dekan dari KLMUC dan dihoskan oleh YBrs Ustaz Muhammad Farhan Tee Abdullah selaku Pegawai UPPP PERKIM Kebangsaan.
Pada episod kali ini, Do It Family – Siri 3 bertajuk Membezakan Kehendak dan Keperluan – Memilih Keutamaan iaitu dalam kategori belanja iaitu kita akan menggunakan pendapatan kita khususnya untuk nafkah anak, nafkah kepada ibu bapa dan belanja dapur.
Selain itu, pendapatan kita juga digunakan untuk bil utiliti, ansuran rumah, ansuran kenderaan, belanja peribadi, nafkah isteri, insuran kesihatan atau keluarga dan simpanan.
Video by : FLT



