Salam Ma’al Hijrah 1447H
Bersempena kedatangan tahun baharu Islam, seluruh Warga dan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) merakamkan ucapan Selamat Menyambut Ma’al Hijrah 1447 Hijriah kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan di serata dunia.
Tahun baharu Islam mengingatkan kita akan peristiwa hijrah Rasulullah SAW bersama para sahabat dari Kota Mekah ke Madinah satu titik tolak penting dalam membina peradaban Islam yang unggul berasaskan iman, ukhuwah dan semangat pengorbanan.
Marilah kita mengambil semangat hijrah ini untuk melakukan transformasi diri, keluarga, dan masyarakat ke arah yang lebih baik yakni berhijrah daripada kelemahan kepada kekuatan, daripada perpecahan kepada perpaduan, daripada kelalaian kepada ketakwaan.
PERKIM akan terus komited melaksanakan tanggungjawab dakwah, kebajikan, kebajikan dan pembangunan ummah dengan semangat hijrah yang murni, demi kesejahteraan umat Islam di Malaysia dan di seluruh pelusuk dunia.
Salam Ma’al Hijrah 1447H.