PERKIM Ziarah, Solat Jenazah Bapa Kepada Staf Kewangan
oleh : SRZ
KUALA LUMPUR, 16 MEI 2024 – Lebih 15 orang terdiri daripada pegawai serta kakitangan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan dan PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan menziarahi bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Abdul Rahman Daud, 70, yang merupakan bapa kepada Azura Abdul Rahman di Masjid Al-Hidayah, Sentul Pasar, dekat sini.
Azura merupakan seorang kakitangan Unit Kewangan PERKIM Kebangsaan bergegas ke rumah ibu bapanya di Sentul setelah mendapat panggilan bahawa bapanya sedang nazak sekitar jam satu tengah hari.
Sejam kemudian dengan rasa penuh kesedihan, Azura memaklumkan bahawa bapanya yang tercinta telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2 petang selepas mendapatkan pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila selesai membuat pemeriksaan secara menyeluruh ke atas Allahyarham.
Jenazah bapa Azura kemudiannya di bawa ke Masjid Al-Hidayah, Sentul Pasar diiringi kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai sambil mengiringi bacaan ayat-ayat suci al-Quran, Surah Yasin, tahlil dan doa.
Allahyarham Abdul Rahman dahulunya merupakan bekas seorang Imam di Masjid Al-Hidayah selepas bersara daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Petang itu, hujan renyai turun membasahi bumi Sentul seolah-olah menangisi pemergian Allahyarham seorang telah banyak berkhidmat demi membangunkan institusi masjid dan banyak berjasa serta berbakti kepada agama Islam.
Bendahari Kehormat PERKIM, YBhg Dato’ Abdul Hanif Harun turut menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Abdul Rahman Daud.
Seusai Solat Asar, jenazah kemudian dibawa ke bilik mayat untuk dimandi dan dikafankan oleh waris dan ahli keluarga.
Jenazah bapa Azura disolatkan seramai lebih 100 orang jemaah dipimpin oleh Imam Masjid Al-Hidayah, Ustaz Anuar Zuhairi Musa.
Jenazah Allahyarham Abdul Rahman Daud kemudiannya dibawa menggunakan van jenazah sejauh 7 kilometer ke Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, KL- Karak untuk disemadikan.
Suasana pilu, hiba dan sedih semakin bertambah pada raut wajah ahli keluarga dan sahabat handai sejurus sahaja jenazah dimasukkan ke liang lahad lalu ditimbusi tanah.
Ustaz Anuar Zuhairi Musa sekali lagi memimpin bacaan talkin, tahlil beserta doa di akhir pengkebumian bapa Azura.
Pegawai dan kakitangan PERKIM turut bersalaman dan menyampaikan salam takziah kepada Azura dan ahli keluarganya sebelum beredar.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Turut hadir ialah Pegawai Dakwah dan Pembangunan Insan, Muhammad Farhan Tee Abdullah, Siti Munirah Sayed Mohd Hamdan; Pegawai Pentadbiran, Hasaidi Ahmad Said serta Pegawai Dakwah PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan, Mohd Jogi Panjaitan Maruli.
Jenazah Allahyarham Abdul Rahman Daud tiba di Masjid Al-Hidayah Sentul Pasar dekat sini.
Kaum keluarga dan waris menghadiahkan bacaan al-Quran, Yasin dan tahlil kepada Allahyarham.
Kakitangan PERKIM turut tidak terkecuali menziarahi dan mendoakan Allahyarham buat kali terakhir.
Antara kaum keluarga yang menghadiahkan bacaan Surah Yasin kepada Allahyarham Abdul Rahman Daud.
Bendahari Kehormat PERKIM, Dato’ Abdul Hanif Harun (tengah) menyampaikan ucapan takziah kepada Azura dan kaum keluarga.
Dato’ Abdul Hanif berkesempatan mendoakan buat Allahyarham Abdul Rahman Daud.
Azura (kanan) bersama sanak saudara menghadiahkan bacaan al-Quran dan Surah Yasin kepada Allahyarham bapanya di perkarangan masjid.
Kakitangan PERKIM turut bertafakur dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.
Jenazah Allahyarham yang telah selesai dimandikan dibawa ke dewan solat untuk disembahyangkan.
Kaum keluarga dan sahabat handai membawa jenazah untuk disolatkan.
Imam Masjid Al-Hidayah, Ustaz Anuar Zuhairi Musa memimpin solat jenazah.
Lebih 100 orang mendirikan solat jenazah khusus buat Allahyarham Abdul Rahman Daud.
Waris keluarga memohon kepada hadirin supaya dapat bertemu dengannya sekiranya Allahyarham mempunyai apa-apa perkara yang belum dilunaskan.
Jenazah kemudiannya diusung ke van jenazah untuk dibawa ke tanah perkuburan.
Jenazah Allahyarham tiba di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, KL-Karak.
Waris keluaga memasukkan jenazah ke dalam liang lahad.
Hadirin mendengar talkin yang dibaca oleh Ustaz Anuar Zuhairi Musa.
Suasana sedih, hiba dan pilu kelihatan pada wajah ahli keluarga Allahyarham.
Ustaz Anuar Zuhairi Musa turut membaca tahlil bersama-sama hadirin bagi menghadiahkan kepada Allahyarham.
Rakan, sahabat handai dan taulan turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Ustaz Anuar Zuhairi Musa memimpin bacaan doa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Azura (berbaju ungu) bersedih di atas pemergian ayahanda yang tercinta.
Azura bersama rakan-rakannya menadah tangan dan mengaminkan ketika doa dibacakan.