Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

PERKIM Wilayah Ziarah Bendahari Kehormatnya di Hospital HCTM UKM

KUALA LUMPUR, 10 OKTOBER 2023 – Seramai empat staf Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Wilayah Persekutuan (PBWP) telah menziarahi Bendahari Kehormatnya, YBrs Tuan Haji Md. Shukor Aziz bertempat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras pagi tadi.

Rombongan tersebut diketuai oleh Pegawai Dakwah PBWP, Ustaz Mohd Jogi Panjaitan Maruli bersama Pengerusi Wanita PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan, YBhg Dr Suariza @ Hidayah Muhammad.

Setelah menerima berita Haji Shukor Aziz dimasukkan ke hospital, lantas kami segera menziarahinya pada hari ini di Wad 6J hospital tersebut.

Jelas Jogi sambil memetik Hadis Riwayah at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad bermaksud: “Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di dalam syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoaknnya hingga petang dan begitulah sebaliknya.”


Setibanya rombongan di hospital, Haji Shukor Aziz, 62, menyambut dengan penuh senyuman dan kemesraan.

Di akhir ziarah, rombongan menyampaikan buah tangan manakala Dr Suariza menyampaikan wang saguhati kepada Haji Shukor Aziz.

Sebelum pulang, Jogi berkesempatan memimpin bacaan doa dan berharap agar Haji Shukor Aziz segera sembuh.

“Hilangkanlah segala penyakit dan sembuhkanlah ia wahai Tuhan Pencipta manusia, Engkaulah sahaja (Ya Allah) penyembuh segala penyakit, tiada kesembuhan kecuali daripada-Mu sahaja. Iaitu kesembuhan yang tidak akan dihinggapi penyakit lagi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Related Articles

Back to top button