Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

PERKIM Terengganu Santuni Isteri Mualaf Sakit Saraf Kaki

KUALA TERENGGANU, 11 JANUARI 2024 – Skuad Ziarah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Terengganu berkesempatan menziarahi mualaf berbangsa Cina, Mohd Asyraf Tan Abdullah.

Asyraf Tan hanya tinggal berdua bersama isterinya di Flat Batas Baru, dekat sini.

Isteri beliau, Mahani Harun telah diuji dengan penyakit saraf di bahagian kakinya hingga tidak mampu berjalan dan berkerusi roda sejak 15 tahun yang lalu.

Pelbagai rawatan itu telah diikhtiarkan bagi merawat penyakit isterinya. Terkini, beliau membawa isterinya untuk rawatan di sebuah hospital di Kuantan, Pahang.

Bagi meringankan beban, skuad ziarah yang diketuai Pegawai Eksekutif PERKIM Bahagian Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohd Subri Jaafar telah menghulurkan sedikit sumbangan berbentuk makanan kering dan wang tunai kepada beliau.

Beliau mendoakan agar Asyraf Tan diberi kekuatan dalam menjaga isteri, diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

Turut serta Skuad Ziarah PERKIM Terengganu, Rosnaliza Ahmadiah, Aishah Abd Wahab, Nur Fadhilah Alias dan Nur Atiqah Omar.


Skuad Ziarah PERKIM Terengganu menziarahi Asyraf Tan dan isterinya yang mengalami sakit saraf kaki.


Asyraf Tan berkongsi kisah isteri beliau yang diuji dengan sakit saraf.


Haji Subri berkesempatan menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan makanan kepada Asyraf Tan.

Related Articles

Back to top button