Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

PERKIM Kedah, PERKIM Kuala Muda Anjur Ceramah Israk Mikraj Di MADAD

oleh: ZAATIL HIDAAYAH AHMAD BUSTAMAN

SUNGAI PETANI, 20 FEBRUARI 2024 – Bersempena dengan peristiwa Israk Mikraj 1445 Hijrah, PERKIM Bahagian Negeri Kedah dengan kerjasama PERKIM Cawangan Daerah Kuala Muda telah menganjurkan Program Ceramah Israk dan Mikraj Bersama Saudara Baharu bertempat di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Kampung Teluk, Sungai Layar dekat sini.

Program itu telah dihadiri seramai 80 orang terdiri daripada saudara baru dan Ahli Jawatankuasa PERKIM Bahagian Negeri Kedah.

PERKIM Kedah mengadakan di MADAD kerana ia memberi peluang kepada saudara baharu untuk melawat sambil belajar di pusat pembangunan dan pendidikan ummah yang mempunyai infrastruktur gaya hidup Islam dengan pengetahuan terkini dan inovatif.

Ceramah Israk Mikraj telah disampaikan oleh Mudir Mahad Integrasi MADAD, Ustaz Ashraf Naim Yusof.

Program ini diadakan bertujuan mengambil inspirasi dan pengetahuan daripada peristiwa yang penuh keagungan Nabi Muhammad SAW ketika Israk dan Mikraj bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha.

Sambutan yang sangat menggalakkan ini adalah satu titik tolak yang positif dalam merapatkan ukhuwah antara saudara baharu dengan PERKIM.

Program ini telah dirasmikan oleh Dato’ Wira Mansor Haji Ismail, Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Kedah.

Turut hadir ialah Naib Pengerusi 2 PERKIM Bahagian Negeri Kedah, YBhg Datin Hajah Aishah Ibrahim, Setiausaha Kehormat PERKIM Bahagian Negeri Kedah, Haji Turedy Abdullah dan Pengerusi PERKIM Cawangan Daerah Kuala Muda, Ustaz Imron Kochem.

PERKIM Kedah berharap agar program ceramah seumpama ini dapat memberi manfaat kepada para peserta yang terlibat di samping menguatkan lagi hubungan kerjasama antara PERKIM dan MADAD.


Seramai 80 terdiri daripada saudara baharu dan Ahli Jawatankuasa PERKIM Bahagian Negeri Kedah bergambar di hadapan Murtadha Dakwah Centre.


Peserta bergambar sebelum ceramah bermula.


Barisan Wanita PERKIM Negeri Kedah turut sertai ceramah tersebut.


Mudir Mahad Integrasi MADAD, Ustaz Ashraf Naim Yusof menyampaikan ceramah bertajuk Israk Mikraj.


Saudara baharu mendengar ceramah yang disampaikan.


Dato’ Mansor menyampaikan ucapan di majlis tersebut.


Dato’ Mansor menyampaikan buah tangan kepada pihak MADAD.


Saudara baharu dan AJK PERKIM Kedah bergambar kenang-kenangan di akhir program.

Related Articles

Back to top button