Berita PERKIM Bahagian & Cawangan

Pengerusi PERKIM Kuala Muda Islamkan Pemuda Nepal

oleh: ZAATIL HIDAAYAH AHMAD BUSTAMAN

SUNGAI PETANI, 2 FEBRUARI 2023 – Pemuda warga negara Nepal, Izzue Nabil Rayyan (bukan nama sebenar) hari ini telah melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Daerah Kuala Muda, Ustaz Imron Kochem Haji Ahmad di Surau Ar-Rasyidin Taman Peruda, Kuala Muda di sini.

Majlis pengislaman pemuda Nepal berusia 28 tahun itu disaksikan oleh Ahli Jawatankuasa PERKIM Cawangan Daerah Kuala Muda, Tuan Haji Isa Zakaria dan kariah-kariah surau.

Izzue yang telah menemui hidayah kerana telah lama berminat dengan agama Islam kemudiannya telah didaftarkan secara rasmi pengislamannya di Pejabat Agama Daerah Kuala Muda.

Di samping itu juga, pihak PERKIM Cawangan juga menghulurkan kepada beliau saguhati mualaf berjumlah RM100 bersama kit kelengkapan ibadah seperti buku fardu ain, kain pelekat, sejadah dan kopiah untuk kegunaan beliau bagi menunaikan ibadah serta menambah ilmu pengetahuan tentang agama Islam.

Semoga Allah SWT memberikan taufik dan hidayah kepada Izzue ini untuk terus kekal di dalam agama Islam serta memahami dan menghayati ajaran agama Islam hingga ke akhir hayat beliau.


Ustaz Imron (kiri) membacakan doa setelah selesai mengislamkan pemuda Nepal.


Pemuda Nepal, Izzue menerima saguhati mualaf dan kit kelengkapan ibadah daripada Ustaz Imron.

Related Articles

Back to top button