Korean Baked Chicken Wings Bersama YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Farid Ravi Abdullah

Dapur Sihat : Korean Baked Chicken Wings Bersama YBhg Prof Madya Dato’ Dr Haji Mohd Farid Ravi Abdullah
PERKIM Kebangsaan dengan kerjasama Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC) membawakan sebuah rancangan masakan secara ringkas, mudah disediakan, menyelerakan dan berkhasiat serta tips pemakanan menurut Al-Quran dan As-Sunnah.
Pada kali ini, Chef Arieffudin Abdul Khalid selaku Senior Chef Lecturer KLMUC bersama Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM merangkap YBhg Prof Madya Dato’ Dr Haji Mohd Farid Ravi Abdullah akan menyediakan hidangan Korean Baked Chicken Wings.
Prof juga turut berkongsi mengenai adab dan cara penyembelihan binatang mengikut sunnah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Terbitan: Digital Dakwah PERKIM Kebangsaan (DIDIK)
Video: FLT