Ketua Wanita PERKIM Berkenan Rasmi Forum Keluarga Sakinah
KOTA BHARU, 28 OKTOBER 2022 – Ketua Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan, YTM Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berkenan berangkat merasmikan Forum Keluarga Sakinah ‘Bahagia Hingga Ke Syurga’.
Forum yang julung kalinya diadakan itu mendapat kerjasama Wanita PERKIM Cawangan Negeri Kelantan dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) diadakan bertempat di Dewan Tengku Kaya Pahlawan Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji dekat sini.
Seramai 85 orang hadir di forum tersebut terdiri daripada ahli Wanita PERKIM dan saudara baru bersama pasangan mereka.
Tunku Noor Hayati dalam ucapannya bertitah, fokus utama Wanita PERKIM ialah untuk menjalankan Pelan Pembangunan Wanita Mualaf di Malaysia melalui enam teras utama iaitu teras Hal Ehwal Agama; sosiobudaya; kaunseling; psikologi dan keluarga; ekonomi dan kewangan, syariah dan perundangan serta pendidikan.
Tambahnya, melalui teras ini diharapkan isu-isu di kalangan wanita mualaf dapat ditangani dengan lebih strategik dan berkesan.
Tunku Noor Hayati mengingatkan para suami untuk sentiasa menjalankan tanggungjawab sebaiknya dan menghargai pergorbanan Isteri.
Titahnya, program perlu kerap diadakan supaya Wanita PERKIM sentiasa dapat mengesan saudara baru yang menghadapi pelbagai masalah keluarga.
“Rumahtangga sakinah, mawaddah dan warahmah bermula dengan suami yang beriman dan sanggup membimbing isteri ke jalan yang diredhai Allah SWT,” titahnya.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 187 yang bermaksud: “Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.”
Majlis diserikan lagi dengan forum dijayakan oleh Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), YBhg Dr Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Abdullah @ Tan Ai Pao bersama Pegawai Agama Jajahan Bachok, Ustaz Suratemi Bin Mat Yusof.
Forum dipengerusikan oleh Norifah Che Ahmad dari ProMinda Motivation and Training Consultant.
Forum tersebut sedikit sebanyak menyuntik semangat dan dorongan kepada peserta untuk memperbaiki sikap dan memainkan peranan masing-masing dalam membentuk keluarga bahagia.
Tunku Noor Hayati berkenan menyampaikan sumbangan kepada pasangan mualaf di akhir majlis.
Tunku bersama tetamu kehormat.
Antara peserta yang hadir.
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah, Wanita Perkim Cawangan Negeri Kelantan, Ustazah Yasmoon Mohamed (berbaju kurung kelabu) hadir di forum tersebut.
Titah ucapan YTM Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
YTM Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menyampaikan ucapan titahnya kepada peserta.
Barisan panelis yang menjayakan Forum Keluarga Sakinah.
Pensyarah UKM, YBhg Dr Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Abdullah memberikan nasihat dan panduan kepada peserta.
Peserta tekun mendengar forum yang disampaikan.
Tunku Noor Hayati berkenan menyampaikan sumbangan kepada pasangan mualaf.
Suami kepada pasangan mualaf menerima sumbangan daripada Tunku Noor Hayati.
Pasangan mualaf dikurniakan sumbangan daripada Tunku Noor Hayati.
Tunku Noor Hayati berkenan menyampaikan sumbangan kepada pasangan mualaf.
Isteri kepada pasangan mualaf tersenyum ketika diusik sekali gus dikurniakan sumbangan oleh Tunku Noor Hayati.
Tunku Noor Hayati mengurniakan sumbangan kepada Wanita PERKIM Cawangan Kelantan.
Sesi fotografi bersama Tunku Noor Hayati dan Wanita PERKIM Cawangan Kelantan.
Tetamu kehormat dan peserta bergambar beramai-ramai di akhir majlis.