Pengumuman

Misi Bantuan Mangsa Banjir PERKIM Pusat

 

Ramai yang terkesan dengan banjir pada 18 Disember 2021 lalu, hilang orang yang tersayang, rumah, harta benda dan lain-lain lagi.

PERKIM Kebangsaan juga tidak terkecuali terkesan dengan banjir kilat dan banyak peralatan, frasarana dan mesin sistem rosak di Bangunan PERKIM.

Selain itu, banyak keluarga telah dipindahkan berikutan bencana banjir yang melanda beberapa negeri.

Mereka memerlukan sokongan dan bantuan anda untuk menghadapi pelbagai rintangan akibat banjir seperti terputus bekalan elektrik, bekalan air bersih yang tidak mencukupi, sumber pendapatan harian terjejas, perkakas rumah yang rosak dan sebagainya.

‘Bantuan Kemanusiaan Banjir PERKIM’ ialah inisiatif untuk membantu meringankan beban orang ramai yang terkesan akibat banjir besar yang melanda beberapa negeri terutama di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Ayuh, nyatakan tanda kebersamaan kita bersama mereka dengan menyumbang seikhlas hati. Semoga Allah memelihara kita dan keluarga pula daripada musibah seperti banjir besar asbab dari amalan soleh seperti sedekah ini.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Affin Islamic Bank : PERKIM Tabung Kebajikan Tunku bernombor (1050 2000 2899) dan anda dikehendaki meletakkan butiran pembayaran ‘Banjir PERKIM’ dan emailkan resit anda kepada info@perkim.net.my.

Sebarang pertanyaan dan makluman boleh menghubungi Pegawai-pegawai PERKIM di talian : (Farhan Tee 017-478 8934), (Siti Munirah 013-357 4786) dan (Jais 012-528 7826).

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء

– Safiyya Nur Sakeena Sallehuddin (Pegawai Perhubungan Awam Dalam dan Luar Negara PERKIM)

 

Related Articles

Back to top button