Aktiviti Kebajikan

Misi Bantuan Mangsa Banjir PERKIM Pusat

SHAH ALAM, 21 DISEMBER 2021 : Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan telah membawa pindah satu keluarga saudara baru, Puan Jalida bersama anak-anaknya ke rumah saudara mereka di Pangsapuri Seri Kayan.

Beberapa jam sebelum itu, Puan Jalida telah diselamatkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat apabila mereka terperangkap lebih 48 jam di kawasan banjir di Taman Sri Muda.

Menurut Puan Jalida, beliau terpaksa menjerit meminta untuk diselamatkan dan apabila terdengar jeritan itu, barulah pihak bomba datang menyelamatkan mereka.

Pasukan Kebajikan PERKIM yang diketuai oleh Pegawai UPPP, Muhammad Farhan Tee Abdullah membawa mereka sekitar 8 kilometer dari kawasan banjir ke Pansapuri Seri Kayan.

Rintih Puan Jalida lagi, ini adalah kerana sudah terlalu lapar, tiada apa-apa untuk dimakan dan gas dapur jiran telah pun habis menyebabkan anak-anak tidak dapat minum susu.

Jelas Jalida lagi, bantuan yang sepatutnya diberi tidak kunjung tiba akibat sekatan di check point masuk.

Setelah berbincang, PERKIM memutuskan untuk terus meletakkan semua bekalan Misi Bantuan Mangsa Banjir PERKIM Pusat di rumah Saudara Puan Jalida.

Setelah keluarga mualaf lain telah keluar dari kawasan banjir nanti, maka mereka hanya perlu berkunjung ke rumah beliau untuk mendapatkan stok makanan dan keperluan lain.

Dengan cara ini, ia lebih meyakinkan kita di mana sumbangan itu dapat diberi secara terus kepada mualaf.

Puan Jalida juga mengetahui maklumat mualaf yang tinggal di sana.
Bagi pihak mangsa banjir, Puan Jalida mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada PERKIM kerana memberi perhatian kepada mualaf yang memerlukan bantuan. Syukur Alhamdulillah.

Insya Allah, selepas ini PERKIM merancang untuk membersihkan rumah-rumah mualaf yang terjejas teruk di sana.

Turut hadir, sukarelawan PERKIM, Muhammad Suffian Mohd Sulaiman dan Mohd Fidaudin Mohd Fadli.

Related Articles

Back to top button